Fatin STEADY

Khamis, 13 Disember 2018

Di Malam Yang Sepi

Assalamualaikum

Aku fatin , 19 tahun dan akan masuk kealam 20an tahun depan . Semoga bertemu orang2 yang baik2. Malam ni bila aku bukak balik blog aku ni terlalu banyak kenangan . Kenangan yang tak mungkin akan aku lupa sampai bila2. Aku rindu , rindu akan kenangan yang lalu .

  Di draft blog aku ni penuh dengan kenangan aku dan dia . Siapa dia itu ? Takperlu laa aku beritahu biarlah menjadi satu rahsia sampai bila2. Aku rindu kau . Aku tal kuat masa kau putus dengan aku dulu . Walau pada dasarnya aku nampak okay masa kita putus dulu tapi aku terpaksa sebab kau sudah pun menjalinkan relay dengan orang lain walaupun hubungan tu tidak kekal lama .

  Aku rindu dekat kau , rindu sangat tapi apakan daya rindu aku ni tidak ada maknanya lagi buat kau . Kau tau tak betapa perit dan tersiksanya aku untuk lupakan kau . Walaupun kau tak pernah tahu . Aku tak kuat bila terserempak dengan kau , hati aku meronta2 mahukan kau kembali bersamaku . Dan kenapa aku tak tegur kau yaa sebab itulah . Rindu akan tidak akan dibalas oleh kau . Aku tahu itu dan kenangan kau dan aku sudah lama berakhir tapi izinkan aku menyimpan kenangan kita berdua ini boleh supaya dapat aku jadikan sebagai satu kenangan manis dan pengajaran . Pengajaran supaya tidak mencintai orang lain lebih dari diri sendiri dan jangan meletakan harapan yang tinggi untuk sebuah ikatan yang belum pasti kesudahannya...

Aku tak pernah menyesal mahupun sesal mengenali kau malah aku bersyukur kerana ALLAH hadirkan kau untuk aku walaupun hanya untuk seketika Alhamdulillah . Terima kasih Ya Allah . Kini kita telah berakhir , berakhir yang aku tahu tidak akan berbalik. Tapi aku tetap bahagia dulu pernah memiliki kau walaupun hanya sementara . Walaupun ketika itu tidak ade yang menarik tentang diri aku jika mahu dibandingkan dengan ex2 kau .

  Aku pernah cakap aku taknak kau tinggalkan aku tapi itu semua sudah terjadi dan amat sakit untuk aku lalui semua tu. Aku tak kuat , tak kuat bila bsemuka dengan kau . Kau tau aku tutup pintu hati aku sehingga kini meskipun ada yang mahukan aku tapi aku menolak bukan kerna aku tidak suka tapi sebab hati aku susah susah nak terima orang lain dari hidup aku . Yaa dulu aku pernah coupe dengan sorang selepas kau tapi tak kekal lama genap sebulan aku mintak putus sebab aku tal boleh nak lupakan kau ketika itu.. Kau tahu aku telah menyakiti perasaan orang yang tak bersalah ! Aku tak salahkan kau mungkin silap aku , silap aku sebab tak boleh terima kenyataan . Kenyataan dimana kau bukan lagi milik aku .. Aku sakitt .. Sakit sangat . Aku buang semua kenangan kita bersama2 separuh dari diri aku . Dulu hampir setiap hari aku rindukan kau tapi kini aku akhirnya berjaya menghapuskan perasaan aku terhadap kau dan aku teruskan kehidupan aku seperti biasa walaupun perit sebenarnya tapi life must go on dan aku perlu move on dengan kau . Aku berjaya terima kasih terima kasih untuk ini semua . Semoga kau berbahagia bersama dia . Aku doakan .

  Dan aku berdoa semoga aku boleh terima orang lain dimasa akan datang , kau doakan aku yee . Walaupun aku tahu kau takkan bace blog aku ni dan kau juga tampaknya sudah bahagia bersama pilihan hati kau . Aku tumpang bahagia . Sesungguhnya mencintai tak semestinya memiliki . Selamat tinggal kenangan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan