Fatin STEADY

Isnin, 27 Mei 2019

Maafkan Aku

Assalamualaikum

Nama aku Fatin Natasya berusia 20 tahun dan masih menetap dia Pahang . Seperti yang semua orang tahu yaa aku masih mengganggur 😂 tapi aku adalah dapat panggilan dari SPA . tapi baru ujian as pembantu geosains . weh aku pon tak sangka aku terpilih tapi lulus tak lulus belakang cerita . Aku harap lulus laa ujian dan temuduga tu nanti . InShaa Allah .. Aamiin ..

  Since daa lama tak update kan . Fatin pon tak tahu nak mula macamana tapi realitinya fatin ada cyst . korang tahu tak apa tu cyst ? okay ni fatin cp ayat google apa yg fatin bace .

Cyst terbahagi kepada pelbagai jenis iaitu:

1. Follicular Cyst
2. Corpus Luteal Cyst
3. Hemorrhagic Cyst
4. Ruptured Ovarian Cyst
5. Endometriotic Cyst of Ovary
6. Dermoid Cyst Ovary atau Terratoma
Selalunya, simptom penyakit ini adalah berbeza untuk setiap individu. Ada yang tidak mempunyai simptom langsung.

Bagaimana anda ingin mengenali penyakit ini? Hanya melalui ujian Ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu untuk mengesahkan masalah ini. Ujian darah dan air kencing juga perlu anda lakukan diperingkat awal untuk membezakan Cyst Ovari dengan masalah lain yang seperti Appendicitis, terutamanya jika anda terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita. Cyst boleh menyerang bila-bila masa sahaja .

  Weh takut gerun bila baca tanda2 tu sebab semua tanda tu ada yang pada fatin em . Fatin pernah mengadu dekat my parents selali sakit bahagian kiri kanan perut . Kemudian my parents bawak berubat kampung orang tu cakap fatin ada cyst . Ohmai like srsly ! tapi orang tu cakap daa besar , besae duit syiling 20sen . kemudian orang tu ada bagi ubat suruh makan . Fatin pon makan ubat dia . Rasa ubat tu huh memang xbole tahan . bau bawang putih  . aku dah laa tak suka makan bawang nak nak bawang putih lagilaa tapi demi kebaikan telan jugak laa . After 2 week maybe fatin pergi semula rumah orang tu cek cek tengok daa kecut sebesar duit syiling 10sen . Ohh lupa ada pantang iaitu xbole makan telur dengan megi . Sebulan gak r pantang tak makan benda alah 2 tu . Tuhan jaa tau perasaan tu macamana 😢 . telur is my fav u know !! lepastu lama daa tak pergi rumah dia almost 3 months maybe i not sure .

  Dah lama tu fatin start makan telur dan megi . Pastu mula rasa sakit balik kiri kanan perut nii , rasa ngilu je bawah perut nii . Fatin cakap kat my family dorang syak benda tu mgembang balik . tp fatin pon rasa bende yang sama . actually rasa sakit kiri kanan perut nii dah lama sangat dari zaman sekolah . Asal buat je apa2 acara fatin memang takkan join tapi naik form4 fatin aktif sikit masuk acara macam2 . Dulu nak jogging pon sakit nak blari bila cakap kat kawan2 dorang cakap alasan malas jog . Dah apa yang boleh fatin cakap . fatin diam je laa . so kay kalau dorang tak percaya .

 
  Bukan niat aku menyakiti perasaan orang lain tapi untuk kebaikan diri . Orang cakap cyst ni tak boleh hamil . Lelaki mana yang taknakkan zuriat . Setiap perkhawinan pasti nakkan zuriat sebagai penyambung generasi mereka . tapi aku ? tak tahu lah . Tipu lah kalau cakap takde orang yang aku suka orang yang aku sayang . yee memang ada tapi aku abaikan perasaan aku sendiri walaupun sakiy sebenarnya . Aku lukakan hati dia , aku kecewakan dia , aku buat dia menangis dan aku buat dia tertunggu2 . Bukan niat aku tapi aku terpaksa buat tu semua . Sakitt sangat bila aku mperlakukan orang yang aku sayang sebegitu . Bukan niat aku tapi aku terpaksa buat semua tu . Sakit sangat melepaskan orang yang aku sayang pergi . Tuhan je tau sakit tu macamana . Aku buat macamtu semata2 nak tengok dia bahagia sebab aku tau aku tak mampu membahagiakan dia 😢 .

  Maafkan saya awak , andai awak tahu penyakit saya nii , sanggup ke awak terima saya ? Yee saya tahu sakit saya ni bukannya teruk sangat pon dan boleh baik kalau berusaha . Yee saya tahu tapi masa depan kita tak tahu kan . Saya taknak seksa diri awak . Maafkan saya . Jujur saya sayangkan awak . Saya tahu salah saya sebab tak pernah bagitahu dekat awak . Tapi untuk melihat awak bahagia saya lepaskan awak . Awak carilah kebahagian awk yang selama ini awak idamkan . Biarlah perasaan saya nii begini . Saya yakin kalau jodoh awak dengan saya , kita pasti akan bersama jugak satu hari nanti . Selamat Tinggal kenangan 🙂

Sabtu, 26 Januari 2019

Cinta Monyet

Assalamualaikum

Nama aku Fatin Natasya berusua 20tahun dan masih menetap di Pahang dimana tempat aku dilahirkan . Cepat je masa berlalu pejam celik pejam celik dag besar dah rupanya aku nii tapi perangai tak pernah nak berubah nak nak bila lepak dengan SR lagi lah tak boleh kawal perangai masing2 hahaha . Makin meningkat usia makin banyak yang aku belajar . Salah satunya adalah jangan terlalu berharap dekat manusia kelak kecewa .

  Okay harini nak cerita kisah cinta monyet aku masa darjah 4 . Kisah ia bermula bila keluarga aku pindah ke Perak tempat lahir abah aku kerana hal2 tertentu. Biasalah bila masuk sekolah baru kawan tak beberapa ada tapi aku bukan nak cerita pasal sekolah . Ada sorang budak laki ni nama dia Razif tapi orang panggil dia ajib duduk depan rumah aku lepastu dia ade lah abg2 kakak adik . Salah satu abg dia tu sebaya dengan kakak aku . Ohh yaa ajib sebaya dengan aku .

  Rumah tok aku tu ade  tangga beranda dekat depan kirenya bole lah lepak2 baring kat situ . Ada lah satu hari tengah aku lepak2 aku tak perasan bila masa pulak ajib ni panjat pokok yang dekat rumah dia duk perhati kat aku . Serius aku tak perasan sebab leka berborak dengan kakak dan sepupu2 aku . Tu pon sepupu aku yang duk jerit tanya dia buat apa kat pokok tu . Hari berganti hari aku dah terbiasa dengan kampung tu dengan orang2 kampung tu bermain lepak eh semua lah .

  Ada lah satu hari tu ajib datang rumah tok aku tu bawak kertas pen dia tulis surat bagi aku . Kebetulan aku ade dekat beranda tu tapi belah dalam dia kat luar kat tangga . Aku pon balas lah surat tu dan sesi tu berterusan sampai tak sedae atok aku nak keluar pi mana tak tahu . Endingnya dia cakap dia suka aku , aku pon cakap lah aku pun suka dia haha pastu kitaorang kapel tapi masani aku tak tahu apa maksud kapel bercinta semua nii serius . Yelahh baru darjah 4 kot bukan tau pape tau main je . After the day apa yang aku suruh dia akan buat like aku suruh ambil kucing dia ambil . Apa yang aku nak aku dapat lah kirenya . Satu bende yang aku suka tentang ajib ni sebab dia kelakar serius walaupun dia pendek dari aku masatu . Dah lah kelakar reti nyanyi dan reyi main gitar pulak tu . Auchh  melting doo !

  Aku dulu sekolah rakyat . Sekolah rakyat ni sekolah agama sebelah petang . Ada lah satu hari tu birthday aku , bila balik dari sekolah rakyat tu ingatkan ade lah hadiah ke apa ke . Aku saje lepas balik tu aku lepak depan rumah dia dengan sepupu aku , aku tak layan pon dia masatu tapi balik tu sepupu aku ade bagi keychain kat aku dia cakap dari ajib untuk aku . Perasaan aku masatu Ya Allah bahagianya aku ! Walaupun hadiah tu kecil tapi aku seronok sangat at least dia ingat birthday aku . Malam tu aku lepak dengan dia , borak2 semua tu . Bahagiaaa saat tu . Satu tabiat ajib ni dia suka bela ayam . Apa2 ayam eyy bosan aku tak habis2 dengan ayam dia tu . Nak buat macamana tu hobi dia tak boleh nak larang.

  Hubungan kami macam biasa sampai lah satu hari dia dah suka dekat seorang perempuan nii nama . Ramai tergila kan perempuan ni . Aku tak sekelas dengan dia tapi dekat entry post blog aku yang lama ada aku cerita pasal throwback zaman sekolah rendah . Haa situ . Aku pindah kelas dengan ajib . Ada satu hari tu aku pelik jugak lah pasaipa ramai sangat geng2 ajib ni suka perempuan ni . Ada lah satu hari tu aku tengok dia baling duit so budak2 lelaki tu kutip . Aku pon be like ohhhh patutlah . Lepastu hubungan aku dengan ajib makin hari makin renggang sampailah dia ngaku yang dia suka dekat perempuan tu aku pon cakap lah aku suka orang lain tapi memang pon aku ade suka sorang budak lelaki kelas tu jugak . Balah balah mulut dengan ajib of course lah aku menang hahaha .

  After the day kitaorang masih lagi berkawan macam biasa takde perasaan dendam benci . No tiada ! Kitaorang lepak macam biasa . Lepastu aku pindah balik Pahang . Ada jugak balik kampung lepak dengan dia tapi aku ingat lagi ada satu hari , hari raya aku pergilah lepak rumah dia dengan sepupu aku dan kakak dan adik aku tapi aku , sepupu aku dan kakak aku duduk luar je . Adik aku lepak dengan kawan2 dia dalam rumah ajib tu . Masa tengah borak2 tu abg ajib yang sebaya kakak aku tu panggil aku , aku pon pergilah kat pintu . Aku tanya kenapa pastu dia suruh masuk rumah , aku jenguk lah kat dalam rumah tengok adik aku tengah layan cerita kartun dengan geng2 kecik dia tu lah . Aku tanya lah sekali lagi kenapa . Pastu dia panggil ajak masuk tapi aku tak masuk pon . Aku pon duduk balik dekat sebelah sepupu aku tu sambung borak pastu abg ajib tu pandang then tutup balik pintu . Balik tu aku pikir kenapa dia panggil sampai sekarang aku takdapat jawapan untuk itu .

  Ahli keluarga ajib tu semua kenal aku sekeluarga . Tapi bagi aku kisah cinta monyet aku ni adalah satu kenangan yang lucu haha sebabnya eh aku tak percaya dalam seusia tu aku boleh kapel dengan ajib yang tak pernah aku jangka . Dulu kampung tu meriah sekarang bila aku balik sana sunyi sepi suasana kampung tu dah tak macam dulu emm . Dorang pon dah besar2 dah ade kehidupan masing2 . Dia ke cinta pertama aku ? Erm aku pon tak tahu aku pon tak yakin . Tu semua dah tinggal kenangan , kenangan . Yaaa kenangan ..

  Weh ajib setiap kali aku balik kampung mesti aku akan duduk kat tangga tu mana tau kau datang sapa aku macam dulu2 tapi kau cuma pandang dari jauh jee . Mungkin canggung yelah dah lama tak bertegur selepas aku pindah . Kisah aku dengan ajib heboh dalam kalangan penduduk kampung kat situ . Balik raya tahun lepas aku cari kau tapi kau takde sebab lepak dengan kawan2 kau nuh jauh dekat parit mungkin . Malam tu aku lepak dekat luar tapi kau pandang aku dari luar je dengan buat suara burung tu . Aku nak lepak macam dulu2 jee . Sunyi suasana kampung tu tak macam dulu . Banyak dah yang berubah . Tapi mujur lah mak kau tak lupa aku haha ade je dia tegur aku bila aku sekeluarga balik sana . Bila ingat balik rasa macam kelakar pon ade hahaha tapi tulah cinta monyet aku ❤

Orang yang pernah aku kapel ade dalam 4 orang . Ni yang betul2 bukan main2 . First Ajib , kedua Adam , Ketiga Aiman , Keempat Farhan . See Yang pertama sampai ketiga bermula dari huruf " A " dan aku adalah suka beberapa budak lelaki masih jugak bermula dari huruf " A " . Kebetulan atau takdir ? Aku pon tak tahu

Selasa, 22 Januari 2019

Hang Out

Assalamualaikum

Nama aku Fatin berusia 20 tahun masih lagi menanam anggur dirumah 😅. Sekarang ni dah tahun 2019 like srsly aku macam tak percaya je umur aku dah 20 tahun dan masih tak buat apa2 .

  Okay harini aku nak cerita pasal petang semalam ( Ahad ) . Masatu aku tengah layan movie cerita " hwarang " okay mana yang tak pernah tengok lagi cerita ni wajib tengok sebab actor2 dia keren2 banget gue jatuh cinta sama actornya ❤  Hahaha . Cerita dia zaman Raja Jienhung tak silap . Eh betul dak eja tu okay nevermind lah . Okay meh aku cerita sikit sinopsis yang aku paham dalam cerita korea nii . Percintaan antara seorang lelaki (Sun Woo) dan seorang perempuan (Ah Ro) . Pada mulanya Sun Woo ni ada sorang kawan (Mak Moon) yang mana dorang ni golongan petani yang tak dibenarkan masuk ke ibukota. Mak Moon ni nak cari adik perempuan dia yang bernama Ah Ro sekaligus nak cari family dia . Selepas masuk je ibukota tu Mak Moon ni tak sengaja ternampak wajah raja yang mana sesiapa yang melihat wajah raja akan dibunuh oleh ratu iaitu mak raja Demi menjaga keselematan anaknya . Mak Moon ni agak lemah kalau berlawan kalau nak dibandingkan dengan kawan dia Sun Woo atau gelaran famous dia Anjing-Burung. Sun Woo ni memang terer laa bakhang . Sun Woo ni ada satu dadu yang mana bila dia baling je dadu tu apa tulisan yang keluar itu lah nasib yang akan terjadi. Mereka dikejar oleh pengawal raja kerana Mak Moon ni ternampak wajah raja tengah2 berlawan Anjing-Burung pengsan . Haa ni satu kelemahan Anjing-Burung mudah sangat pengsan demi menyelamatkan kawan dia Mak Moon berkorban . Dalam perjalanan nak menyelamatkan kawan dia Anjing-Burung ni terjumpa An Ji ayah kepada MakMoon atau nama sebenarnya Sun Woo yang telah diberikan kepada Anjing-Burung kerana dia takde nama. Namun Mak Moon tak dapat diselamatkan . Anjing-burung bersumpah akan membunuh raja demi menuntut bela atas kematiaan sahabatnya itu. An Ji menyuruh Anjing-Burung tu berpura-pura menjadi abang kepada Ah Ro kerana dah lama mereka mencari Mak Moon . Nak dijadikan cerita Sun woo ni menjaga Ah Ro tujuan dia tetap hidup adalah untuk Ah Ro . Ratu telah memerintahkan pengawal untuk mengistiharkan sun woo menjadi hwarang kerajaan Silla . Suatu hari Ah Ro tahu kebenaran bahawa Sun Woo bukan abangnya dan dia marah tak inginkan sun woo menjadi abangnya . Ah Ro marah sebab Sun Woo menghindarinya dan dia memarahi sun woo dengan mengatakan supaya sun woo ditimpa kecelakaan . Petangnya semasa sun woo berlatih memanah dia terjatuh dari kudanya kerana penyakit dia yang mudah pengsan tu datang . Ah Ro yang menyaksikan kejadian tu terus berlari mdekati sun woo dan denyut nadi sun woo takde . Ah Ro meluahkan apa yang dia rasa tiba2 keajaiban berlaku sun woo tersedar dan mencium Ah ro masatu Ah Ro binggung dan sun woo kembali pengsan sehingga tak sedarkan diri selama 4 hari setengah . Bila sun woo sedar dia masih berkelakuan yang sama iaitu menghindari Ah Ro . Ah Ro kesal dengan tindakan sun woo kemudian sun woo menghampiri Ah Ro menyatakan hal yang sebenar . Sebenarnya mereka dah lama suka satu sama lain sejak ah ro berjumpa dengan sun woo tapi sebabkan masatu sun woo tu abangnya . Ada sorang kawan sun woo yang bernama Ji Dwi menyukai AhRo . Ji Dwi ni sebenarnya raja tapi takde sapa yang tahu kecuali pengawal istana . Ji Dwi cemburu melihat kemesraan Ah ro dan sun woo . Hwarang semua tahu bahawa ah ro tu adik sun woo . Ahro ni dokter untuk hwarang . Sun woo sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan ah ro . Pelbagai peristiwa telah terjadi sepanjang sun woo bergelar hwarang . Nak tau ending dia kena lah tengok sendiri . Tapi srs memang sedap cerita nii .

  Eh lari dari topik pulakkan . Aku masih tak boleh move on dengan cerita ni even berulang2 kali dah tengok ! Okay sebenarnya nak cerita pasal kejadian semalam . Masa aku tengok cerita hwarang tu tiba2 aku dapat call dari faizatul atau faz . Dia tanya aku ada dekat mana dia nak ajak lepak . Aku on jaa . Kitaorang pergi lah jalan2 pastu aku cakap lah " weh apa kata kita benti kat satu tempat lepak.situ " pastu dia bawak aku dekat tali air . Wehh sampai situ view dia cantik tenang je rasa srsly tak tipu tapi tulah ada anjing kena hati2 takut nanti dikejar . Kitaorang pun lepak lah macam2 kitaorang story yelah lama tak jumpa sebab dia busy aku pon busy . Lepak punya lepak aku ajak bla sebab aku nampak anjing , faz cepat2 start motor anjing tu lari macam nak kejar kitaorang . Faz pon pe lagi pulas laju lah . Haihh hahaha

  Pastu faz ajak lepak dekat jambatan dekat dengan rumah aku . Kat situ view dia takde lah lawa mana tapi tenang air sungai mengalir . Sedar tak sedar nak dekat magrib dah lepak situ . Pastu faz ajak bergambar . Aku jarang tolak kalau orang ajak bergambar haha . Tengah aku tangkap gambar faz tiba2 faz cakap " fatin ada kereta nak lalu " aku pon cakap lah lek jauh lagi siap lambai2 lagi kereta tu . Nak dekat tu aku lari kat faz pastu kereta tu bagi lampu 2 kali . Bila kereta tu dah dekat aku nampak orang yang duduk seat belakang senyum2 . Aku dengan faz gelak je . Faz cakap " apalah kau ni fatin buat kerja giler pi lambai kereta tu kenapa " aku terus gelak . Leklaa bukan dia nak langgar pon . Tapi memang kelakar lah masatu .

  Bila kau tengok air dengan automatik kau akan rasa tenang suasana yang tak terlalu sibuk . Bagi aku tenang je aku duduk dekat tali air dan jambatan tu srs tak tipu . Hilang semua tekanan . Bila dah nak magrib faz hantar aku balik rumah dalam 7 lebih sampai rumah . Aku bukannya jenis yang suka keluar rumah eh jarang sekali lah keluar rumah . Keluar pun dengan family pi bandar . Kalau dengan kawan2 susah sebab depa tinggal jauh. Faz je lah yang rajin ajak aku keluar bila dia free . Btw thanks lah faz sebab aku dah lama tak hirup udara luar . Even aku pakai simple je semalam dengan tak pakai bedak lip semua tu . Keluar dengan keadaan muka tanpa makeup . Jarang sekali sebab aku niat nak ajak dia lepak kat rumah je kebetulan fina anak sedara aku ade dekat rumah aku ajak lah faz hantar dia balik rumah pastu faz ajak pi jalan2 . Aku okay jee without any makeup . Alaa tak penting lah semua tu .

  Aku happy semalam . Thanks faz bawak aku pi jalan2 walaupun sekejap je kita lepak2 borak2 jalan2 . Dah lama tak keluar dengam minah sentap nii

Sabtu, 5 Januari 2019

Ex

Assalamualaikum

Nama aku Fatin Natasya kini aku daa berusia 20 tahun . Cepat je masa berlalu makin hari makin bertambah usia . Masih sama tanam anggur dekat rumah hahaha .. Kerja tak dapat lagi mungkin belum rezeki aku lagi rasanya takpe aku percaya rezeki aku ada .. Sekarang dah tahun 2019 dan tahun 2018 telah meninggalkan kita banyak kenangan kan yang telah berlalu . Semoga tahun 2019 menjadi tahun yang memberikan semangat yang baru .. InShaa Allah ameen...

   Okay harini aku nak cakap Selamat Pengantin Baru untuk ex aku ! Haha hidup lagi kau . Gini cerita dia semalam kakak aku chat aku tiba2 dia cakap ex aku tu dah khawin . Aku kenal ex aku ni pun dari kakak aku jugak sebab masatu ex bf kakak aku ni kawan ex aku . Masa aku teman kakak aku dating tu lah aku kenal ex aku nii . Tup tup ehh tersuka pulak dekat dia . Kulit dia hitam2 manis lagi manis buah mempelam dekat rumah tok aku . Bagi aku dia hensem masatu werkkk .. Aku dengan dia tak lama tak ingat berapa lama .

  Awal perkenalan dia tak tertarik sangat dekat aku tapi aku usaha jugak nak dapatkan dia last2 dia terima aku . First date aku dengan dia memang kelakar berpeluh siakkk akuu sejuk kaki tangan aku padahal selalu je jumpa sebelum couple . Entah lah tiba2 haritu jadi gitu hahaha .. Tak silap aku kenal dia masa aku sekolah menengah zaman nak bersuka ria tak pikir apa2 .. Tak ingat aku kenangan dengan dia sebab selepas putus aku buang semua kenangan ingatan aku dengan dia . Ada lah jugak dia add aku dekat facebook follow aku dekat instagram . Aku tak kisah pon as a friend apa salahnya kan . Nak lupakan dia masatu takde lah susah mana macam ex aku yang second last tu ..

   Apa2 pun selamat lah . Semoga bahagia hingga ke jannah walaupun pkenalan kita sangat singkat itu amat berharga bagi aku . Aku tak simpan dendam atau benci pon dekat kau . Lagipon kau pun pernah bahagiakan aku satu ketika dahulu . Walaupun kenangan kita dah lama hilang dalam ingatan aku tapi aku tak pernah lupakan kau . Ada hikmah disebalik pertemuan kita . Kenapa kita dipertemukan dan kenapa kita dipisahkan . Okay semoga bahagia selalu bersama isteri tersayang . Untung dia :)

Jumaat, 21 Disember 2018

Throwback Zaman Sekolah Rendah

Assalamualaikum

Nama aku Fatin Natasya berusia 19 tahun menetap di Pahang.. Pahang adalah tempat dimana aku dilahirkan manakala kampung aku di Perak kerana umi aku orang pahang dan abah aku orang perak. Setiap tahun aku sekeluarga akan pulang ke kampung halaman . Of course lah tahun lepas aku sekeluarga raya dekat kampung . Okay malam nii aku nak throwback sikit zaman sekolah rendah aku .

  Masa aku darjah/tahun 1 aku tak ramai kawan . Okay biar aku cerita sekolah aku ada 3 kelas iaitu Arif , Bestari dan Cerdas . Kelas Bestari ni kelas bagi orang2 cerdik pandai laa majoriti anak cikgu lah dalam kelas nii manakala kelas cerdas adalah kelas kedua dan ye kelas arif ni kelas ketiga . Aku masa darjah 1 aku ni selalu dicampakkan kejap2 tukar kelas . Aku tak tahu lah kenapa . Kejap kelas bestari kejap kelas arif . Tak silap aku 4 5 kali juga lah aku bertukar kelas . Aku bersama kawan aku yang namanha miza . And last aku stay dikelas 1 Arif . Cikgu2 kelas 1 Arif baik tapi Cikgu Mathematik aku garang seram doo tapi sebenarnya dia baikk mungkin sebab muka dia yang garang kot and aku suka cikgu Inggeris aku sebab dia cantik,baik dan peragai dia yang kekanakan bagi aku masatu . Tak banyak kenangan masa aku darjah 1 ni . Ohh yaa aku juga pra sekolah dia sekolah yang sama.. Masa darjah 1 Bestari ni jugak ada sorang cikgu perempuan ajar subjek apa aku tak ingat di sayang sangat dekat aku . Okay macam ni cerita dia, ada lah satu hari tu aku hantar buku latihan untuk disemak tiba2 dia tarik aku dan peluk aku dan semua pelajar dalam kelas tu pandang aku . Aku pun mac blur lah kenapa tiba2 kan .. Aku biarkan cikgu tu peluk aku . Lama dia peluk . Aku taktahu kenapa . Nama cikgu tu cikgi Zaitun dan bila kitaorang terserempak aku akan tegur salam dia peluk dia , dia pun sama . Aku sayang cikgu nii ❤

  Masa aku darjah 2 . Kenangan yang hinggan kini aku masih ingat iaitu aku terkencing dalam kelas sebab masa waktu matematik and yes cikgu yang jadi guru kelas aku masa darjah 1 ajar . Series aku tak berani nak keluar pergi tandas . Dah lah masatu aku duduk tempat bahagian tengah sampai lah waktu rehat ada sorang budak lelaki ni tegur aku cakap aku kencing dalam kelas sampai bagitahu ustaz . Biasalah masatu rasa malu atau sebagainya dan dengan selambernya aku cakap " aku daa cuci lah " hahahahaha bagi aku kelakar bila ingat balik . Aku ada sorang kawan ni nama dia puteri rambut dia panjang sangat cecah punggung series tak tipu dan aku ada minat sorang budak lelaki ni sehingga ke darjah 6 . Kenangan darjah 6 aku takboleh lupa . Nak tahu kena bace sampai habis okay 😂 okay masani aku kelas 2 Cerdas .

  Masa darjah 3 . Aku kelas 3 Bestari . Taklama aku kelas tu sebab aku pindah ke perak sebab abah aku dapat kerja dekat sana . Sekolah dekat sana memang dekat dengan rumah atok aku jalan kaki tak sampai 3 minit daa sampai memang dekat sangat .. Ohh dekat perak ada kelas rakyat iaitu kelas agama waktu petang . Masa pindah tu aku pergi sekolah rakyat dulu jadi aku kenal lah pelajar2 yang sekolah sama dengan aku . Ohh yee lupa mak sedara aku cikgu agama dekat sekolah rakyat tu dan anak dia yang bongsu sebaya dengan aku . Keesokkan harinya baru aku memulakan sesi persekolahan . Sekolah yang aku bersekolah ni cuma ada dua kelas iaitu kelas Gemilang bagi pelajar yang cerdik pandai dan majoriti anak cikgu dalam kelas tu sama jee macam sekolah aku dekat Pahang . Kelas kedua kelas Cemerlang dan aku di 3 Cemerlang sebab kelas Gemilang penuhh .. Masa masuk tu aku tak ramai kawan cuma berkawan dengan sepupu aku nama dia Syida . Yelah budak baru jadi kena ambil masa untuk biasakan diri. Masa mula2 masuk tu aku dah kena kacau dengan sorang budak lelaki ni . Sampai kini aku ingat nama dia *Andry* dia ni kacukan indon taksilap ayah dia kot orang indo aku pon tak ingat . Dia suka sangat kacau aku sampai aku kadang2 rimas sehinggalah aku naik ke darjah 4 dia masih lagi suka kacau aku. Biasalah budak baru kan selalunya ramai peminat haha . Adalah sorang budak lelaki yang aku ingat *Tarmizi* tetibe suruh kawan dia nama Amri (Amri ni anak orang berada no bad lah muka putih tapi banyak cakap tak behenti cakap) . Amri tu tanya aku " weh kau suka dia tak *tunjuk ke tarmizi " pada mulanya aku tak kenal sapa tarmizi #takcare pastu aku dengan selamber geleng haha broken dia .. Mana lah aku tahu tetibe je tanya soalan macamtu . Sorry tarmizi .. Ohh lupa masa aku masuk kelas tu lagi seminggu tak silap ada peperiksaan . Yes aku dapat number 1 and cikgu puji aku melambung2 . Dalam kelas tu ada lah beberapa pelajar pintar antaranya Syafiee , idham , natasya dan qamarina . Dorang pun terkejut . Okay macamani cerita dia . Masa keputusan diumumkan cikgu akan mula dari ranking terbawah pastu bila dah sampai tempat 2 still takde nama aku , aku pun pelik.lah mana nama aku kan rupanya aku top 1 . Ya Allah , terkejut aku series series jadi pelajar yang lain pun terkejut nak nak pelajar yang selalu bersaing tu semua pandang aku maliu siuttt masatu.. Aku ingat lagi ayat cikgu tu " Awak semua kena contohi budak baru ni baru masuk dah dapat tempat pertama " dan bila ada kuis ke pertandingan yang cikgu buat dalam kelas mesti orang berebut nama satu team dengan aki . Aku bukan nak bangga atau reka cerita tak ni realiti .. Dan aku masih ingat sorang cikgu perempuan pratikal kat sekolah tu dia ajar matematik . Dia baik sangat aku suka belajar dengan dia . Nanti ada masa aku selitkan gambar masa aku 3 Cemerlang bersama cikgu tu okay. Banyak kenangan masa aku dikelas 3 Cemerlang . Kalau nak cerita entah bila akan habis ..

  Dan disebabkan keputusan peperiksaan dan prestasi pelajaran aku cemerlang aku dapat kelas 4 Gemilang . Okay aku taksuka duduk kelas ni sebab aku takde kawan semuanya sombong biasalah budak pandai2kan . Erm masani pelajaran aku down dan adakadang aku banyak ponteng sekolah/kelas . Dan aku takde mood belajar itu menyebabkan pretasi pelajaran aku merosot dan sering dapat ranking terbawah dalam kelas dan aku dipindahkan di kelas 4 Cemerlang . And yaa im so happy !!! .. Di kelas 4 Cemerlang aku masih diganggu oleh si Andry tu dan menjadi pencabar oleh pelajar2 yang aku sebutkan tadi . Masa masuk kelas tu boleh pulak aku duduk depan Andry dan dia selalu tarik kerusi aku suruh kebelakang dia kacau kacau sampai aku rimas ehh rimas lah . Setiap kali peperiksaan aku selalu dapat ranking number 1 dan 2 menyebabkan pretasi aku meningkat balik tapi cikgu tak pindahkan aku pun and kalau ada memang aku taknak pindah kelas !! Tiba2 rindu saat andry selalu kacau aku . Dia baik dan suka bercakap tak behenti2 dia peneman aku bborak teman aku saat sunyi dan yang penting dia lawakk .. Taklama selepas itu aku pindah balik dekat Pahang dan sekolah yang sama semasa aku darjah 1 - darjah 3 . Okay kedudukan kelas diubah iaitu dimana kelas Arif menjadi kelas pertama manakala kelas bestari kedua dan kelas cerdas ketiga . Aku dapat kelas bestari of course happy dapat jumpa kawan2 lama . Tak banyak kenangan masa 4 Bestari sebab aku masuk pertengahan tahun . And yes aku dapat ranking 5 keatas tak ingat number berapa . Yes di darjah 5 !

  Darjah 5 aku dapat kelas 5Arif . Macam yang aku cakap kelas pertama ni pelajar2 dia semuanya sombong belagak majoriti pengawas dalam kelas tu . And yaa aku dibuli oleh pengawas2 disitu . Series masa darjah 5 adalah kenangan termalang yang pernah aku rasa . Saat aku dibuli , saat kawan baik kau abaikan kau , saat kau dipinggirkan oleh semua , saat kau tidak ada kawan . Aku tak tahu apa yang dorang benci sangat kat aku ni tapi aku tak cakap semua pelajar kelas tu jahat ada yang baikk dan dorang je yang sudi kawan dengan aku . Sampai satu tahap tu aku rasa tertekan nak pergi sekolah . Pelajaran aku merosot selalu ranking terbawah dan teruk lah ! Sehingga aku diturunkan kelas ..

Darjah 6 aku kembali ke kelas 6 Bestari . Alhamdulillah .. Disini dikelas 6 Bestari bermulalah semuanya . Dimana aku betemu dengan kawan2 yang sangat sangat lah giler2 .. And yaa aku selalu di ranking teratas . Selalu menjadi psaing dalam kelas . Aku ingat lagi aku bagi surat2 cinta dekat sorang budak lelaki ni sampai terkantoi dengan guru kelas aku hahaha .. Mana tidak aku suka dia dari darjah 2 kot . Apa orang cakap CINTA MONYET .. Tapi masa terkantoi surat tu puteri kawan baik aku masatu yang cuai entah macamana boleh terkantoi dan aku marah sangat dekat dia lama jugak lah aku tak btegur dengan dia . Dia pujuk tulis surat tapi aku tak layan ..  Sebenarnya puteri pun minat orang yang sama tapi di bkorban untuk aku tapi aku ni bodoh takpernah nak nampak . Selepas tu kitaorang berbaik semula ..  Tapi sayang aku tak satu team dengan dia . Aku ingat lagi aku rapat dengan Jannah seorang pengawas yang ramai peminat dan Nadhilah yang selalu bagi aku tiru subjek English waktu exam haha .. Lepas jee habis UPSR kitaorang bebas bermain dan aku dan kawan2 lain tolong cikgu contohnya jaga kelas , tanda kertas periksa dan macam2 lagi lah ..  Aku ingat lagi masa aku jaga kelas 1 Arif taksilap . Ada lah sorang budak lelaki ni nakal sangat tapi dia takut dekat aku dan sehingga kini bila jumpa aku dia akan cakap " hai kakak garang " hahaha dik awak ingat lagi kakak yee . Ohh lupa ada satu hari tu cikgu asingkan pelajar ikut keputusan peperiksaan rombak kelas dan cikgu panggil aku cakap nak masuk kelas 6Arif tak dan aku taknak sampaikan cikgu tanya ada tak kawan2 yang dapat kelas 6Arif tu tapi malang takde dan aku dengan mata nak berair tetap taknak masuk kelas 6Arif tu dan cikgu tengok reaksi muka aku macamtu terus kekalkan aku dikelas 6Bestari . Geng2 aku Puteri,Anita,Hani,Aqilah,Atirah,Iqbal,Asraf dan Badrul . Sebenarnya banyak konflik antara kitaorang ni tapi aku aku cerita entah bila lah habis dan ada je antara kitaorang yang saling menyukai ..  Banyak lagi aku nak cerita masa darjah 6 ni tapi biarlah aku sahaja yang tahu ..

  Kalau perasan aku selalu naik turun naik turun prestasi pelajaran . Sebenarnya tu effect pelajar2 dikelas itu .. Banyak lagi aku nak cerita tapi aku aku cerita entah bila akan habis . Bagi aku kenangan di darjah 6 aku takboleh lupa sehingga kini . Ianya merupakan kenangan yang tersangatlah manis yang pernah aku rasa sepanjang di zaman sekolah rendah dan begitulah kehidupan aku di sekolah rendah . Aku bukan seorang yang ramah tapi seorang yang pemalu . Tapi aku suka tegur pelajar baru untuk berteman .. Mana yang kenal aku tahu seperti apa aku ini .. Wehh korang aku rindu :(

Throwback Zaman Sekolah Menengah hingga PRA-U

Assalamualaikum

Nama aku Fatin berusia 19 tahun dan masih menetap di Pahang . Okay pagi ni aku nak imbas kembali zaman sekolah menengah hingga ke PRA-U . Masa PRA-U aku masih ambil course yang ada di sekolah aku . Aku bukanlah budak aliran sains tulen kerana semasa aku ditingkatan 4 dan 5 aku budak aliran sastera . Aliran sastera yang aku ambil ditingkatan 6 ialah Subjek Sains Sukan,Muet,Pengajian Am,Sejarah dan Pendidikan Seni . Bagi semua yang pernah masuk PRA-U akan tahu subjek Pengajian Am dan Muet adalah wajib diambil . Di sekolah aku ada pilihan antara BahasaMelayu/SainsSukan,Geografi/Sejarah dan Pendidikan Seni/PengajianPerniagaan . Ramai yang mohon subjek Sains Sukan tapi malangnya hanya 21 orang sahaja yang terpilih termasuk lah geng2 SR aku dan memang kami berasal dari aliran Sains Sukan dari Form4 lagi . Majoriti kelas aku tu semuanya pelajar yang berasal dari sekolah tu dan tak silap aku hanya 5orang sahaja pelajar yang bukan dari sekolah aku dan mereka bukan pelajar yang ambil aliran Sains Sukan di sekolah mereka tapi ada lah jugak pelajar yang bersekolah disitu didalam kelas tak ambil aliran sains sukan semasa ditingkatan 6 tak silap ada lah dalam 2 orang .. 21-8 = 13orang yang memang asal pelajar SainsSukan semasa ditingkatan 4 dulu.. Okay balik pada topik asal . Waktu zaman sekolah menengah yang aku rasa terlalu banyak kenangan yang susah untuk aku lupakan sampai bila2 . Kenangan yang banyak mengajar aku erti kesabaran,ketabahan,keberanian,ketekunan dan tidak mudah mengalah..

  Masa aku daftar disekolah tu sebagai pelajar ting.1 aku sangat lah bersemangat sebab nanti akan ada ramai kawan . Aku asal budaknya bukanlah yang jenis suka lipat tudung sewaktu disekolah rendah tapi entah macamana aku boleh lipat tudung hingga lah kini tapi perasaan aku salah ! Semasa aku ditingkatan 1 , aku tak ramai kawan . Aku dibuli oleh orang banduan2 yang tidak berguna . Masa aku tengok daftar pelajar dipintu kelas aku iaitu 1K2 ada nama kawan aku masa sekolah rendah tapi sayang dia pindah jengka sebab hal peribadi . Semua geng2 aku sekolah rendah semuanya sekolah lain erm . Ohh yaa dekat sekolah aku ada 7 kelas iaitu KAA ( kelas ni yang ambil subjek Arab ) , k2,k3,k4,k5 dan k6 ( kelas lain ambil subjek biasa ) .. Sebenarnya senarai nama mengikut kelas tu cikgu main isi je untuk penuhkan senarai pelajar bagi setiap kelas nanti ada rombakkan kelas . Selepas habis sesi orientasi selama seminggu cikgu susun balik kedudukan kelas mengikut pencapaian tak silap aku and yes aku masih kekal dikelas 1k2 .. Ada kawan baik aku dari kecil satu kelas dengan aku . Kalau ada yang bace masa aku dibuli waktu darjah 5 yang dia pulaukan aku . Haa tu dia .. Jenis dia bebas berkawan dengan siapa2 jee tapi  entah lah aku nak terang macamana . Aku kesunyian masa ditingkatan 1 . Ada lah satu hari tu seorang pelajar perempuan masuk daftar dekat sekolah tu dan masuk kelas aku iaitu 1k2 . Aku tersangat lah gembira sebab akhirnya aku ada kawan yeayy tapi dia pulak jenis yang suka ponteng sekolah asyik tak datang je erm aku sunyi nak nak selalu kena buli tapi takdelah buli yang pukul2 semua tu sampai sekarang aku masih ingat ayat2 yang dia pernah cakap dekat aku menyebabkan setiap kali aku teringat , aku jadi marah benci dekat dia .. Aku ingat lagi ada sorang budak lelaki kelas tu selalu menyakat aku sebab aku ni pendiam sangat .Aku happy at least takdelah aku rasa sunyi sangat dalam kelas .. Masa berlalu begitu cepat dan aku berusia 14 tahun ..

  Masa ditingkatan 2 pun aku masih aku yang ditingkatan 1 tak punya ramai kawan dan masa ni ada cikgu buat temuduga pengawas pusat sumber sekolah . Aku pun cuba lah mana tahu dapatkan . Seminggu selepas tu ada kakak pss datang kelas panggil nama aku,fifah,puteri dan beberapa orang lagi aku tak ingat keluar sekejap . Dia cakap kitaorang terpilih jadi pengawas pss . Ya Allah masa tu aku bersyukur sangat . Ohh masani aku dengan fifah tak rapat lagi macam sekarang dan puteri tu budak baru yang aku cerita masa ditingkatan 1 tapi sayang dia selalu tak datang sekolah menyebabkan nama dia dipotong.  Aku masa ditingkatan 2 sangat aktif berlaman sosial nak nak ' FaceBook ' . Adalah satu hari ni ada sorang budak lelaki sekolah yang sama tapi usia setahun tua dari aku chat aku ajak couple dan aku tak bagi respon sampaikan keesokkan harinya ada kawan dia sorang perempuan dan sorang lelaki *yg laki tu ex aku yg aku susah nak move on dulu* datang kelas aku cari aku cakap ada yang nak kenal . Aku cakap lah ' sapa tak kenal,kenapa takdatang sendiri ' . Keesokkan harinya dia sendiri yang datang bersama ex aku tu tapi malangnya aku takde dekat kelas sebab bertugas di pss . Dan pagi2 berikutnya aku sering ditegur oleh budak perempuan yang datang kelas aku tu tanya terima ke tak tapi aku senyap jee tanpa sebarang jawapan dan akhirnya semuanya senyap.  Di pertengahan tahun, ada sorang ni budak perempuan ni tegur aku nama dia Faizatul . Faz nama yang aku selalu panggil dia . Faz ni sorang yang friendly,banyak cakap,sporting,kelakar eh macam2 lagi lah kalau nak describe dia entah bila habis. Masatu aku duduk belakang sekali bahagian tengah sorang2 sebab partner sebelah aku puteri tu selalu tak datang jadi aku sunyi.. Datang faz ni duduk sebelah aku sampai lah akhir sekolah . Tapi masa ditingkatan 1 aku pernah tegur dia sebab kami satu kelab uniform tak sangka dia boleh jadi sahabat aku sekarang ni . Cantikkan perancangan Allah . Dikala hujan dia hadirkan pelangi yang indah selepas hujan. Dia teman aku berborak dengan aku . Start dari situlah aku jadi ramai kawan disitu aku kenal husna,fifah,faizah dll .. Aku ingat lagi masa tu kitaorang main kereta api hahaha al maklumlah duduk belakang sekali . Seronok sangat masatu . Akhirnya hidup aku kembali ceria seperti sediakala . Allah hadirkan Faz untuk menjadi penghibur aku dikala aku memerlukan seorang teman untuk berkawan . Alhamdulillah terima kasih Ya Allah :) ohh aku masih dikelas yang sama iaitu 2k2 selepas dirombak mengikut keputusan akhir tahun . Sebenarnya rombak kelas setiap tahun ikut keputusan peperiksaan ..

  Semasa tahun 2014, sistem pendidikan telah berubah PMR ditukarkan kepada PT3 . Aku adalah batch pertama yang menjadi tikus makmal dengan adanya PBS dengan format selalu berubah2 dan tak pelik lah masa batch aku result tak gempak kan . Okay tu tak penting . Masuk je tahum 2014, awal tahun tu cikgu dah rombak kelas ikut keputusan peperiksaan . Masatu aku risau sangat sebab takut tak sama kelas dengan kawan2 aku yang mana fifah,faizatul dan faizah . Oh masani tak rapat sangat dengan husna . Jadi dia tak penting masani hahaha . Masa cikgu senaraikan nama murid kelas 3k2 dan semestinya nama aku ada lepastu dan nak dekat habis tu aku risau sebab nama geng2 aku yang lain takde kecuali faizah sebab dia dapat kelas 3k1 . Tahniah . Aku risau risau takde kawan tapi disaat akhir nama fifah dan faizatul disebut untuk satu kelas dengan aku . Husna pun sama . Yeayyyy . Alhamdulillah .. Bermula sesi berkongsi cerita peribadi antara satu sama lain . Sebenarnya dari form 2 lagi tapi tak terlalu details sebab masing2 baru nak rapat kan.. Di tingkatan 3 aku kenal lagi ramai kawan antaranya inani,azean,najwa,badriah dan ramai lagilah . Aku rapat dengan faz,fifah dan inani . Inani tempat ganti faizah yang pindah ke kelas 3k1 .. Masa form3 ni sebenarnya banyak yang terjadi tapi nanti aku ada masa aku edit dan cerita lagi .

  Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan mulalah tahun baru yang mana aku dan pun masuk ke alam tingkatan 4 .. Waktu yang mendebarkan kerana macam biasa rombak kelas . Aku,husna dan fifah dapat kelas yang sama iaitu Sains Sukan 2 dan faizatul dapat kelas Perdagangan tapi susunan kelas tu sementara sahaja boleh buat permohonan tukar kelas dan aku,fifah,husna pakat stay je kelas tu dan faz nak kelas sains sukan 1 . Masatu kelas sains sukan ada 2 tapi kelas yang ambil subjek sains sukan ada 3 . Kelas sains sukan 1 dia ambil georgrafi dan sains sukan manakala kelas aku ambil subjek seni dan sains sukan . Dan satu lagi kelas tu adalah kelas Seni yang mana ambil subjek sama dengan kelas aku .. Laku subjek Sains sukan kat sekolah aku .. Okay back to the story, masa aku nak hantar borang permohonan tukar kelas tu aku ternampak surat permohonan faz dan dia tick kelas sains sukan 1 . Disebabkan taknak berpisah dengan dia aku ambil pen cikgu X kelas tu dan tick kelas aku . Haha . Masa umum kedudukan kelas balik tu faz kelas aku . Tak ramai perempuan kelas aku tu taksilap adalah dalam 10 orang yaa lelaki ramai belas jugak tak ingat .. Dalam banyak2 kelas tu kelas aku lah yang paling sikit bilangan perempuan . Aliran yang ada masatu ialah Sains Tulen,Akaun,Sains Sukan 1&2,Perdagangan,Seni,Katering dan SRT tapi sekarang aliran tu ada yang dah tukar contohnya kelas sains sukan 2 ditukar kepada kelas tasawur dan kelas katering ditukar kepada pengajian makanan manakala kelas SRT ada dua iaitu Seni Reka Tanda Dan Seni Rumah Tangga. Aku tak tahu apa yang bezanya . Bagi aku tingkatan 4 dan ting.5 adalah tahun yang paling seronok kerana ada classmates yang sporting,kelakar and the best part is back up else other . Kelas aku masani bermasalah sebab pelajar2 dia kuat lawan cakap cikgu,pemalas,homeword tak silap setiap kali mensyuarat je mesti nama kelas aku naik sebab adanya pelajar yang giler2 niii .. Setiap cikgu yang masuk kelas aku ni mesti akan tertawa dan tak jadi marah sebab pelajar2 kelas aku nii .. Aku ingat lagi cikgi sains sukan aku dia cuba halau kucing tengah gaduh *masani dia tengah mengajar bunyi kucing gaduh* pastu kucing tu masuk dalam kelas melompat dia hahahahahaha series kelakar .. Masa awal tahun aku di ting.4 ni . Aku,fifah,husna dan faizatu memang satu team lah . Lepastu masuk pulak salsabila dan sorang lagi kawan dia . Aku tak berkenan langsung ke salsabila dan kawan dia tu . Puncanya dia ambil tempat duduk aku je . Lepastu kawan dia tu pindah sekolah KV . Dia sorang dan kitaorang pun berkawan lah dengan dia sampai dia dah jadi team kitaorang ..

  Di tingkatan 5 tahun 2016 aku SPM . Masih dikelas yang sama masih orang yang sama dan masih cikgu yang sama mengajar cuma guru kelas je yang berubah . Ting.5 ni adalah tingkatan yang memberi aku satu pukulan hebat yang bila aku teringat aku jadi rindu . Rindu untuk kembali ke zaman ni . Zaman yang penuh dengan suka duka tawa tangis bersama kawan2 sekelas aku. Masani kitaorang satu kelas sangat rapat rapat sangat walaupun ada yang suka menyakat mengejek dan sebagainya tapi adat lahkan dah nama pun sekelas . Biasa lah tu . Terlalu banyak aku nak cerita kan masa ditingkatan 5 ni tapi aku hanya nak ceritakan kenangan2 yang membuat kan aku rindu sahaja. Bukan maksud aku yang lain tak rindu rindu . Setiap apa yang terjadi sepanjang tahun 2016 ni memberikan aku kesedaran kesedaran tentang hebatnya sebuah ikatan persahabatan.

  Hari berganti hari bulan berganti bulan dan tibanya tahun baharu. Tahun dimana aki mendaftarkan diri sebagai student di tingkatan 6 masih disekolah yang sama . Tak terlintas sekali pun difikiran aku untuk masuk ke tingkatan 6 . Entah lah macamana boleh terjebak didunia tingkatan 6 ni . Sebelum ni dapat banyak je tawaran belajar kat kolej2 dan universiti tapi sebenarnya aku tak berminat sangat nak masuk . Lagipula kawan2 aku semuanya mendaftar sebagai students ditingkatan 6 and yaa aku masih orang2 yang sama iaitu faizatul,fifah,husna dan salsabila . Sayangnya faizatul tak stay lama sebab ada masalah peribadi yang mengharuskan dia berhenti form6 . Of course lah sedih kan ! Walau macamana pun kitaorang still contct each other even tak selalu jumpa .. Form6 ni ada 3 kelas . Kelas2 ni sama je taraf dia yang membezakannya cuma subjek yang diambil students dalam setiap kelas tu . 6A1 subjek pengajian perniagaan dan bahasa melayu bagi subjek lain seperti sejarah dan georgrafi dorang boleh pilih . 6A2 ambil subjek seni dan bahasa melayu dan sama subjek pilihan sejarah dan geografi Manakala 6A3 iaitu kelas aku subjek Sains Sukan , subjek lain boleh pilih nanti bila tiba subjek yang dipilih tu cuma akan berpindah kelas seperti yang ditetapkan oleh guru kelas misalnya subjek sejarah dikelas 6A2 manakala georgrafi dia 6A3 dan 6A1 . Subjek pengajian perniagaan dikelas 6A3 dan subjek seni dibilik seni .. Jadi pelajar akan setiasa berpindah2. Memandangkan budak geo terlalu ramai berbanding budak sejarah maka ada 2 kelas dan 2 cikgu . Sejarah pun ada 2 cikgu jugak tapi budak sejarah hanya 21 orang tak silap . Aku bersama geng SR semestinya ambil subjek sejarah bagi aku cikgu2 sejarah memang sporting habis lah . Aku suka cikgu2 aku sebabnya cikgu sejarah tak terlalu push kitaorang walaupun ramai yang cakap sejarah susah bagi aku tak susah sebab perlu hafal dan buat esei tak macam geografi siap ada graf lagi . Aku bab graf peta semua tu tak lepas. Cikgu sejarah selalu belanja pelajarnya makanan like ais krim dan bihun . Masa subjek sejarah kitaorang santai2 jee . ' sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan mengulangi sejarah ' .

  Masa aku dekat lower 6, tak banyak yang berlaku dan aku tak beberapa ingat . Masa aku upper 6 , aku ingat lagi kelas aku buat anjuran pertandingan badminton yelah untuk amali sains sukan . Aku jadi umpire bak kata lain pengadil bagi satu court badminton. Masatu guna 3 court badminton dan setiap court ada 2 umpire 4 penjaga line. Lepas habis je court tu aku berehat pastu ade sorang classmates aku yang main erghh sibuk orang semua tak puas hati dengan dia sebab sepatutnya tak payah lah main sebab anjuran kelas sendiri dah lah tak buat pape eyy aku menyampah ke dia dari dulu lagi sebab selalu satu kelas dengan dia kecuali masa form4/5 sebab dia kelas lain .. Alhamdulillah tak hadap muka dia dah . Dah lah panas baran giler Haa back to the story, masa kitaorang tengah berehat tu dia datang suruh support dia menang . Aku cakap " aku doakan kau kalah ' dia punya marah dia cakap ' shit bab* aku sepak kau karang' pastu aku balas lah balik ' kau lah bab* ... ' bende lagi aku tak ingat terus dia blaa tapi rezeki dia haritu dia menang dapat number 2 tak silap . Wehh series aku bukan seorang yang berani tak tahu kenapa haritu aku jadi berani dengan dia geng2 aku semua tak percaya apa yang keluar dari mulut aku masatu . Aku pun tak sangka tu yang keluar dari mulut aku . Dorang cakap aku dah lama sangat pendam tu . Haa memang betul pun erghh tapi aku harap dia maafkan lah aku . Aku pun dah maafkan dia  dan maafkan semua orang seikhlas hati aku .. Aku taknak bermusuh .

  Masa aku dekat upper 6 pertengahan tahun kan akan ada students untuk lower 6 daftar masuk . Pada mulanya aku tak ambil kisah pun dekat dorang semua sampaikan satu hari husna ada tunjuk aku sorang budak lelaki lower6 dari kelas sebelah . Husna cakap idola dia nak berkenalan ehh malangnya aku pulak yang tersuka tanpa sengaja dia . Weh broken gak r bila dapat tahun dia ada awek silap aku tak sambar dulu haha apalah kau ni fatin tak malu ke . Masa jamuan hari raya husna nak sangat bergambar dengan dia tapi dia segan . Waktu balik tu aku cari jugak dia sebab nak ajak bergambar ehh  malangnya tak jumpa sementara nak tunggu orang datang ambil aku aku lepak lah dengan fifah dan zaleha . Eh ehh terjumpa pulak budak tu . Aku ajak gambar pada mulanya dia taknak sebab dia cakap nak cepat , cepat kemana aku tak pasti lepastu aku cakap boleh lah boleh lah please dia setuju jugak . Aku punya happy doo terus send dekat husna balik tu hahahaha . Husna jealous .. Masatu aku tak lah minat sangat tapi entah bila lama2 tersuka betul2 pulak tapi aku tak berani lah nak tegur dia lepas dia ade awek nak nak awek dia satu kelas dengan dia lagilah tak berani kang tak pasal2 perang dunia keempat pulak.. Lama lepastu orang breakup wehhh camne lah nak hadap hari2 kelas sama pulak tu . Haish kalau aku takboleh.. Aku adalah beberapa kali tegur dia dia balas tapi macam tu jee .. Habis jee stpm ni aku dm dia sampai dia bagi number dia dekat aku tapi bila aku chat dengan dia tak lama pun tak sampai setengah jam dia cakap ade hal . Last2 aku fade up and lepaskan dia pergi dan tak contact dia lagi . Aku yakin pasti ada yang lebih baik Allah nak hadirkan untuk aku . Takpe laa aku redha dia bukan ditakdirkan untuk aku ..

  Banyak yang telah aku lalui sepanjang 7 tahun aku bersekolah Kenangan manis ,pahit,tawar,masin dan kelat haha.. Semua tu menjadi satu kenangan terindah dan menjadi pengajaran dalam kehidupan aku selama 19 tahun ini .. Aku belajar banyak perkara tentang kehidupan mencintai tidak semestinya memiliki,hebatnya sebuah ikatan persahabatan,melepaskan lebih baik,jangan meletakkan harapan yang tinggi pada sesebuah hubungan yang belum pasti,utuhnya hubungan kekeluargaan,pasang surut dalam sebuah istilah berkawan dan sebagainya . Ini semua telah menjadikan aku seorang yang sabar,tabah dan lebih berpikiran terbuka dalam melakukan sesuatu perkara .. Percayalah apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya :)

Sabtu, 15 Disember 2018

Bercerita

Assalamualaikum

Nama aku Fatin Natasya boleh panggil Fatin atau Tasya . Aku berusia 19 tahun dan masih menganggur tidak bekerja dan taknak kerja buat masa sekarang and maybe next year aku akan kerja . Yelah baru habis exam kot mood holiday lagi .

Aku suka sangat tengok drama tak kisah laa melayu ke china ke thailand ke english ke hindustan ke ataupun korea asal jalan cerita best aku layan . Dalam laptop aku tu penuh dengan movie2 haha sampai umi bising sekali sebab asyik tengok movie jee tapi jangan risau semua kerja rumah aku daa settlekan sebelum tengok movie . Yeayy aku seronok sebab tahun depan tak payah pergi sekolah daa tak payah bangun pagi2 bersiap2 ke sekolah . Just adik aku je tinggal yang masih bersekolah haha padan muka . 7 tahun kat sekolah TA tu . Andai lah aku datang tawaran sambung belajar aku tak sure lah nak pergi ke tak sebab hati aku nak kerja jee sekarang nii bukan apa belajar tinggi mane pun belum tentu jamin pekerjaan sebab masalah ekonomi sekarang yang merosot . Erm ntahlah aku pun tak tahu . Semoga nya berjalan dengan lancar . Ameen ..

  Lately ni aku rasa macam entah lah malas ambil tahu hal yang belaku dekat sekeliling aku . Sapa yang suka aku sapa yang benci aku ehh aku taknak ambil tahu langsung biarlah tu hak dorang kan takde kena mengena dengan life aku ..

  Aku selalu terpikir bila aku takde dekat dunia ni macamana kehidupan keluarga aku dan kawan2 aku. Aku rasa macam ehh aku pun tak tahu nak explain macamana rasa tu tapi andailah umur aku tak panjang aku nak mintak maaf pada semua orang yang mengenali aku mahupun tidak . Fifah andai kau baca ini pegang kata2 aku tu bila aku dah tiada nanti . Ingat ! Amanah !!

  Kadang2 aku kesian tengok family aku dan aku tidak tahu macamana nak ubah .. Aku hanya mampu menghiburkan mereka sahaja walaupun aku jee yang ketawa .. Niat aku satu je aku harap aku mampu bawak umi dan abah aku mengerjakan umrah . Itu je yang aku harapkan tapi aku tidak tahu bila akan termakmul semua tu.. Semoga segala urusan aku berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah .. Semoga juga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk kedua orangtuaku . InShaa Allah .. Ameen ... Aku sayang keluarga aku ini walaupun kami tak kaya tapi kehidupan kami sangat bahagia ❤

  Sahabat ? Yaa aku ada sahabat2 yang sangat memahami sikap aku seperti apa . Aku ? Aku adalah sahabat yang tidak berguna kerana sering menyusahkan mereka , sering memyakitkan hati mereka , sering membuat mereka marah dekat aku dan sering melakukan hal2 yang mereka benci tapi aku bersyukur , bersyukur mempunyai sahabat2 yang sudi terima aku seadanya walau buruk macam apa pun peragai aku terhadap mereka . Terima kasih SR ilysm ❤ maaf sepanjang perkenalan kita aku banyak membuat korang terasa atau apa yang seangkatan dengannga dekat korang . Maafkan khilafku ini sahabat . Tidak ada niat sedikit pun aku untuk melakukan itu semua ..

  Salah ke aku nak jauhkan diri dari orang yang menyukai aku ? Salah ke tindakan aku ini ? Kenapa dorang kejar aku sedangkan takde apa yang menarik tentang diri aku ini . Aku dah buat cara kejam cara jahat supaya merela menjauh dari aku tapi kenapa dorang sikit pun tak bergajak !! Arhhh aku tak suka !! Aku anggap dorang kawan2 aku jee . Walaupun dorang dah bkorban untuk aku bukan aku tidak hargai tapi aku tidak boleh terima dorang . Aku tak tahu dengan perasaan aku ini . Kadang2 aku rasa menyampah dengan dorang semua . Salahkah aku ? Kejamkah aku ? Jahatkah aku ? Sebab perlakukan mereka seperti itu ?

Lelaki A - aku tahu family aku rapat dengan kau malah umi aku sendiri anggap kau sebagai anak dia sendiri tapi tolonglah tolong jangan gunakan family aku untuk dapatkan aku . Ohh mungkin aku yang salah angvap terhadap kau . Bukan aku pandang rupa tapi aku dah anggap kau sebagai abang aku yaa abang aku kerana aku tidak punua abang kecuali abang ipar . Ohh mungkin silap aku terlalu rapat dengan kau dahulu niat aku hanya ingin berkawan . Kita kenal pun dari kakak dan abg ipar aku *before dorang khawin* . Walaupun kau dah berjaya sekarang ni aku tetap anggap kau sebagai abang aku.. Tapi cukuplah memberikan aku hadiah2 aku tidak minta itu semua aku tidak mahu itu semua kerana aku tidak mahu berhutang budi dekat kau walaupun kau banyak menolong keluarga aku . Aku hargai . Aku selalu kena marah dengan umi aku bila aku menentang pasal kau . Umi aku sayangkan kau lebih dari aku mungkin . Umi takpaham yang aku tak suka dia kenapa perlu paksa ! Umi selalu cakap aku sombong tak kenang budi dan macam2 lagi . Bukan macam tu niat aku . Aku terpaksa buat itu semua supaya kau mjauh dari kehidupan aku . Aku tak larang kau nak rapat dengan keluarga aku tapi tolong tolong buang perasaan kau terhadap aku . Walaupun aku terasa setiap kali kena marah dengan umi tapi apa lah sangat jika nak dibandingkan dengan tergurisnya hati umi terhadap aku mungkin khilafku. Maafkan angah umi ilysm umi ❤ . Aku tak salahkan umi dalam hal ini mungkin silap aku , silap aku yang tak pernah nak nampak keikhlasan orang lain terhadap aku . Maafkan aku . Aku harap kau bertemu orang yang selayaknya untuk diri kau kerana aku bukan orangnya.

Lelaki B - kau ex aku walaupun hanya sebulan kemudian aku mintak putus dan aku tahu betapa kecewanya kau bila aku minta putus tanpa alasan yang jelas . Maafkan aku . Sampaikan kau suruh aku block number kau . Kau tak maki aku pun masa tu terima kasih tapi aku tak boleh tipu perasaan aku ketika itu yang mana aku masih tidak bole move on dengan ex aku yang sebelum ini.. Setelah hampir entah aku tidak ingat kau muncul kembali mencari aku aku kira kau mungkin dah maafkan aku dan kau datang membawa satu harapan , harapan untuk kembali kepada aku . Maafkan aku sekali lagi aku tidak bisa terima kau kerana hati aku hati aku telah tertutup untuk menerimanya . Aku tidak kisah kau datang untuk berteman sama aku tapi jangan kau datang untuk mengejar cinta aku kerana itu tidak mungkin terjadi .. Walaupun kau berusaha keras sampaikan kau menangis2 aku tidak bisa terima kau , aku tidak tahu kenapa . Maafkan aku kerana telah menyebabkan kau menangis dan kecewa maafkan aku . Walaupun sehingga kini kau masih contact aku mengharapkan aku tapi maaf aku tidak bisa terima kau kembali dalam hidup aku sebagai pasangan hidup aku tapi kalau sebagai teman aku bisa . Kau tidak salah , aku yang bersalah kerana tidak menghargai kau tapi aku tidak bisa terima kau . Aku harap kau jumpa jodoh yang betul2 mahukan kau sayangkan kau cintakan kau kerana aku bukan orangnya . Maafkan aku

Lelaki C - kawan aku yang aku pernah anggap sebagai sahabat aku suatu ketika dahulu dan kini tidak . Hanya anggap sebagai teman biasa kerana hal2 yang tidak perlu aku jelaskan disini.. Dulu aku pernah tolong kau untuk pikat kawan aku sendiri yang kini jadi sahabat yang paling aku percayai tapi macamana kau boleh tersuka aku pulak . Aku pun tak pasti . Aku tahu kau banyak berkorban untuk aku . Aku hargai sangat2 . Aku tidak suka kau disebabkan peragai kau yang takperlu aku nak jelaskan disini sampai geng2 aku pun ada kadang menyampah dengan peragai kau itu tapi dalam pada itu kau juga mempunyai suka yang baik dan suka tolong orang lain.. Kau sanggup berabis duit untuk orang kau pernah cakap ' duit boleh cari ....... ' tapi aku tidak suka kau mungkin sebab peragai kau yang tersangatlah annoying nak mati ! Ramai je yang suka dekat kau sampai ada yang bergaduh2 huh . Dulu kita pernah gaduh tak contact tal btegur sapa jumpa buat takkenal dan masatu aku dengar kau ada kapel dengan sorang budak ni tapi kenapa bila aku muncul balik kau buang budak tu alasan yang paling bodoh yang takboleh diterima sampaikan budak tu marah aku , apa salah aku ! Apa kena mengena hal korang dengan aku ! Yang aku tahu kau dan aku cuma kawan . Aku tak tahu setiap apa yang kau buat selalu buat aku sakit hati dan menyampah dekat kau . Entah lah tapi aku tak benci kau cuma tak suka dengan peragai kau tu sahaja . Aku tak kisah kalau kau nak berkawan dengan aku tapi jangan sampai ada hati dekat aku . Betullah orang cakap jangan terlalu rapat perempuan dan lelaki nanti ada antara salah sorang akan tersuka tanpa sengaja . Kalau dua2 suka takpe ini kalau sorang sahaja mau rasa tak selesa nak berkawan . Aku tak boleh terima kau wehhh aku tak pasti kenapa aku takpaham dengan perasaan aku sendiri tapi yang pasti aku anggap kau sebagai kawan je . Tolong paham , jangan kejar aku dah . Maafkan aku sebab menjauh dari kau itu untuk kebaikan kau dan aku juga kalau tidak kau makin menjadi2 . Aku taknak berulang lagi apa yang pernah terjadi dekat kita dulu bergaduh sebab hal macam ini . Aku taknak bermusuh dan apa yang pernah terjadi antara kita biarlah lupakan semuanya .. Bukan aku nak buang kau dari senarai kawan2 aku tapi kalau peragai kau macam ini aku terpaksa weh maafkan aku .. Aku harap kau berjaya dan jumpa orang yang betul2 mahukan kau sebab aku bukan orangnya . InShaa allah

  Aku tak tahu nak luah dekat sapa . Dekat kawan2 aku erm dorang tak paham malah cakap aku ni jual mahal lah apa lah . Semua nampak salah aku takpernah nak hargai orang lain tak bukan macam tu wehh . Perasaan tak boleh dipaksa . Korang tak paham apa yang aku rasa . Dan yang paling menyedihkan bila kawan aku sendiri suka mengungkit aku dengan dorang semua . Tapi takpelah biarlah dorang nak cakap apa pun aku tak kisah . Aku tahu apa yang aku . Ini kehidupan aku siapa2 takde hak nak paksa aku .. Aku mintak sangat korang paham perasaan aku . Nampak sahaja aku happy bergalak tapi jauh dari sudut hati aku aku sedih . Mencintai tidak semestinya memiliki dan aku hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan semuanya dan tak mustahil Allah terbalikkan perasaan aku dari tidak suka menjadi suka . Siapa tahu kan . Kalau ada jodoh antara kita adalah  :)

 

Jumaat, 14 Disember 2018

Apa Itu Kenangan ?

Assalamulaikum

Nama aku fatin berusia 19 tahun dan masih menunggu keputusan STPM .. Sekarang dah masuk bulan 12 musim tengkujuh di tempat aku ini asyik hujan . Bhenti pun sekejap sekejap jee kemudian hujan kembali. Okay topik harini aku nak cerita tentang ' kenangan '

  Apa itu kenangan ? Bagi pendapat aku kenangan itu adalah sebuah peristiwa yang telah berlaku dan berlalu samada kenangan manis mahupun kenangan pahit . Kenangan manis dan kenangan pahit adalah suatu peristiwa yang sangat berbeza. Bagi aku kenangan manis adalah salah satu kenangan yang bisa membuat kita gembira,seronok,tenang,aman dan bahagia manakala kenangan pahit pula adalah suatu peristiwa yang membuatkan kita merasa sedih,kecewa,tidak tenteram,tidak aman,tidak gembira dan adakala mendatangkan tekanan dan sengsara.

  Menurut aku kenangan manis perlu disimpan kerana ianya adalah satu peristiwa yang tidak mungkin dapat kita lupakan. Sebab apa aku cakap gitu . Sebab nya bagi aku kenangan manis ni dapat membuat kita tersenyum ketawa tersengeh sorang2 hahaha . Aku pasti semua manusia pernah ada kenangan manis kan arhh menipulah kalau tidak ada. Samada kenangan manis bersama keluarga,kawan2 mahupun pasangan masing2. Aku pun ada kenangan manis dan hingga kini aku ingat dan adakala tersenyum sorang2 bukan gila tapi bila teringat perkara tu pasti akan membuat kita bahagia daa senang bila mengingatkannya.

  Manakala menurut aku kenangan pahit ni adalah dimana seseorang merasa kecewa,marah,terkilan malah bersedih. Bagi aku kenangan pahit ini ada yang boleh dijadikan sebagai satu pengajaran. Pengajaran untuk diri sendiri. Pengajaran yang menjadikan kita lebih kuat , kuat untuk memperbaiki atau menguatkan diri.. Kenangan pahit ini juga adakala dapat menyadarkan kita antara lambat mahupun cepat.. Walaupun kenangan pahit ini susah untuk kita lupakan tapi tanpa kenangan pahit ini tak mungkin kita akan kuat menghadapinya. Aku pun ada kenangan pahit. Kenangan yang telah menguatkan diri aku kuay untuk teruskan kehidupan, kehidupan yang makin mencabar . Alhamdulillah kerana kenangan2 ini telah menyadarkan aku tentang betapa hebatnya perancangan Allah ..

  Kita hanya mampu meracang tapi Allah yang menentukan semuanya . Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku terhadap diri kita ini . Percayalah . Seperti mana Allah munculkan pelangi selepas hujan .
Jadi kita perlu sabar dan tabah menghadapi semua ini walau seberat apapun dugaan dan cabaran yang mendatang . Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya. Jangan terlalu bersedih kerana semuanya telah tertulis sejak azali lagi ketika kita masih kecil . Cuma terserah kita mahu menjalaninya bagaimana .

  Jadi semua orang pasti punya kenangan kan ! Tipulah kalau takde . Tidak kisah lah samada kenangan manis atau kenangan pahit yang penting semuanya telah menjadikan kita menjadi seorang yang kuat . Sekian itu saja dari fatin . Andai tersalah atau terkurang maafkan fatin . Itu hanya dari sudut pandangan fatin . Andai berbeza pendapat terserah .

Khamis, 13 Disember 2018

Sahabatku

Assalamualaikum

Namaku fatin  , berusia 19 tahun dan masih menunggu keputusan STPM ... Malam yang sepi hujan menitis membasahi bumi . Aku mahu bercerita tentang sahabat² aku yang kukira sangat hebat didunia . Takpernah aku ada sahabat seperti mereka semua . Aku beruntung mempunyai sahabat yang sanggup bersusah bersenang bersama aku .

  Ketika aku perlukan teman untuk meluahkan perasaan apa yang aku rasa mereka ada disamping aku memberikan dorongan dan sokongan kepada aku . Aku beruntung walaupun aku tahu aku banyak menyusahkan dorang semua dan melukai hati mereka semua tapi aku terharu mereka masih boleh terima aku dalam hidup mereka . Terima kasih sahabat

  Walaupun aku tak tahu sampai bila persahabatan ni bisa bertahan tapi aku doakan supaya dia bertahan selama2nya kerana terlalu banyak kenangan aku dengan mereka semua ini . Kenangan yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila2.. Kenangan yang menyedarkan aku tentang betapa hebatnya sebuah persahabatan. Persahabatan yang tidak mungkin dirasai oleh semua manusia.. Terima kasih sahabat

  Aku mempunyai sahabat2 yang sangat berjiwa kental dan kuat . Mereka mampu mengharungi segalanya berkat usaha mereka dan pandangan terbuka mereka semua.. Sahabat harusnya melindungi antara satu sama lain bukannya mengaibkan antara satu sama lain . Aku bersyukur ALLAH hadirkan orang2 seperti mereka iaitu fifah , husna , faizatul dan salsabila dalam hidup aku . Dorang bukan setakat sahabat tapi sudah alu angap sebagai keluarga.. Walaupun terdapat banyak kelemahan dalam diri kami semua tapi ianya saling melengkapi dengan adanya persahabatan seperti ini..

  Aku pernah kecewa . Kecewa dengan sikap sahabat2 aku ini mungkin aku saja yang terlalu emosi tapi itulah . Ini adalah ayat yang pernah aku bagi mereka semua 

" Nak tau tak saat bila aku rindu ? Saat tu . Saat form 4/5 . Walaupun aku tak pernah suka sal dulu lama kelamaan aku suka bkawan dengan dia . Walaupun satu kelas dengan husna dr form2 tp takpenah rapat dan sekarang dia laa sahabat yg paling giler2 yg penah aku kenaii ..  kau tau tak hidup aku sebelum ni sunyi dekat sekolah sebabtu aku tak datang sekolah selalu tp bila muncul kau faz . Hidup aku berubah 360' . Aku daa start ade kawan faizah , fifah , kamilah dll . Nak tau tak tahun paling yg aku paling tak suka . Masa aku form1 aku kena buli xde kawan semua taknak kawan aku sampaikan kawan aku dari kecik pulau aku . Kau rase tak apa yg aku rase . Kawan baik kau pulau abaikan kau . Tp bila muncul korang semua berubah . Dr tak suka aku slow2 maafkan dorang walaupun hati aku nii susah sakit bila teringat apa yg dorang buat dekat aku . Aku tak bole lupa kenangan form4/5 bagi aku time tu aku bahagia sangat2 . Tp sekarang bila daa abis sekolah . Start buat peragai masing2 . Buat ego tinggi melangit xnak mgalah !! . Walaupun selalu jumpa ingat takde masalah ke . Ade tp bincang leklok walaupun bmasam muka 2 3 4 5 6 hari atau lebih . Walaupun tak salah ke salah pon aku tetap mintak maaf kat korang sebab taknak keruhkam keadaan . Aku pon manusia x lari dari buat kesalahan . Kalau aku salah tegur jangan buat macam takkenal , bmasam muka semua tu . Aku pon ade hati perasaan bukan tunggul bukan batu bukan patung boneka yg xde perasaan . Sakit tau sakit bila ade antara sr marah bmasam muka pulau aku . Ingat tak sakit ke hah ! Tp aku kuatkan hati nii . Sebab apa ? Sebab aku sayang SR nii . Sayang wey . Daa macam2 kita lalui bersama susah senang sama2 . Dan senang2 jee nak bubar . Mane pergi perasaaan korang ..


Pah - walaupun kau paling rapat dengan aku . Daa macam2 kita share sama2 , pergi mane2 kita selalu bsama . Tipu r kabo kalau aku tak terasa dengan kau tp aku simpan sampai sakitkan hati aku . Dan kau pon mesti ade terasa ngam aku kan just kau diam jee . Yaa im really really sorry . Tp walau mcmane pon kau tetap sahabat yg paling win aku pernah ade . Walaupun sometime kau annoying , ketegaq , keras kepala , degil . Sokay aku daa hadam peragai kau tu . Kumbang bukan seekor . Sekor pergi ramai yg dtg so jangan mharapkan cinta yg takpernah nak pandang kita. Life must go on . Teruskan kehidupan walau perit macamana pon jalan cerita yg kita lalui . Aku tau kau kuat . Pah yg aku kenal dulu lagi kuat dr yg sekarang yg mudah nak nangis . Aku xbole doo tengok kau nangis . Aku sedih , aku xkuat tengok kau sedih . Walaupun aku bukan kawan yg selalu ade dengan kau . Tp aku tak suka tengok kau terus pbodohkan diri kau untuk orang yg takpenah nak hargai kau . Kau bt laa pgorbanan sebesar mane pon tp kalau kau sorang je yg beria bagai nak mati tp dia nothing . Sama jee kau bazirkan masa kau jee . Ada hikmah apa yg blaku thadap diri kau . Kenapa allah hadirkan pelangi selepas hujan . Kenapa lepas nangis kita akan ttidur . Sbb allah nak kita rehat . Apa yg berlaku pasti akan ade kbahagiaannya . Jangan risauu .. 


Husna - aku tau ego kau tinggi husna . Kau keras kepala degil sometime annoying giler . Kau tau x perasaan aku bila kau xlayan aku ritu . Sakit pedih perihh doo . Apa salah aku cakap jangan buat diam gitu . Srs aku x paham . Jangan diam sebab kau buat aku serba salah n tertanya2 apa salah aku . Cakap kalau aku ada buat salah . Kalau ye aku mintak maaf . Banyak makan hati dengan kau tp aku abaikan perasaan aku walaupun sakit perit pedih . Takpe demi kau aku buat . Sebab aku syg kau . Kau sahabat yg giler2 penah aku dapat dengan peragai budak2 yg xpenah nak matang pastu buat sesuatu tu main bt jee xpikir perasaan org kadang2 laa .. Im really really really sorry kalau ade buat salah silap . Please appreaciate orang yg betul2 sayangkan kita . Tp hati xbole paksa . Do what u want to do . Jangan bg harapan . Nanti ade yg sakitt ..  Walau macamana pon peragai kau aku terima seadanya .. Jaga diri husna . Jangan mudah tpengaruh sangat dengan orang . Friendly x salah tp hati2 zaman sekarang banyak spesis yg tikam belakang . Yg dengki dengan life kita . Tak cakap aku ni baik tp apa yg kau buat tolong laa pikir sedalamnya .. 


Sal - aku xsuka kau dulu tp sekarang aku daa suka kawan ngan kau . Kau ni baik sebenarnya tp tulaa .. Jaga laa diri sal . Kau seorang yang baik Suka tolong orang . And thanks sepanjang form6 ni kau banyak tolong aku . Aku hargai sangat sangat sangat . Tp ingat sal pentingkan diri sendiri dulu baru orang lain . Tolong diri sendiri dulu baru orang lain . Maaf sal sepanjang pkenalan kita . 


Faz - aku tulis kau kat bawah sebab banyak kenangan kau dengan aku . Kau yee kau yg ubah hidup aku ni haa . Dari takde kawan ade kawan sampai lernii . Walaupun kau banyak masalah dan aku takbir kat kau sebab kau kuat mhadapi semuanya nak nak bila arwah ayah kau meninggal time exam . Kau dtg jugak jawab exam . Respect ! Walaupun kau ni sangat2 annoying , mudah ngat nak sentap . Hati tu mudah sangat nak sentap dalam geng2 kita kau laa yg paling kuat terasa nya walaupun Bende gurau jee . Pastu baran yaa baran mudah sangat nak mlenting . Walaupun aku banyak terasa ngan kau n kau pon sama kan dengan peragai aku yg myakitkan hati ni kan yg selalu buat kau marah semua tu . Tp aku x kisah kau marah laa aku mcmane pon aku tetap nak bkawan ngan kau . Kitaorang takpenah pulaukan kau , kau je yg rase macam tu . Srs tak !! Kau buat aku banyak cakap dan berani nak bt hal2 yg takpenah aku jangka nak buat . Kau yg rapat dengan aku banyak yg kita share sama2 . Ingat tak dulu kau tegur aku dudjk sebelah aku masa form2 . Kau tau x perasaan aku mcmana masa tu ? Aku happy giler sebab akhirnya aku ade kawan . Aku ingat lagi masa form3 kau selalu pukui aku sbb bila kau gelak ya ampun x ingat dunia pastu lepar aku tp aku x kisah semua tu yg penting kau bahagia . Aku banyak terasa dengan kau . Yaa banyak giler tp xpe sebab sayangkan relay psahabatan kita ni aku simpan . Biar r kau tak tau pon . Biar laa nampak salah aku jee . Aku xkisah sebab aku pentingkan nilai psahabatan yg telah lama tjalin niii .. Aku xcakap aku nii xpenah buat salah . Kalau ade yg xpuas hati jangan simpan bagitahu . Ada masalah bawak bbincang tp td bila kau kuo gp cakap kai takde function blaa blaa.blaa td . Aku tak bole terima . Aku marah tp aku tahan . Aku xnak marah . Senang2 jee kau cakap gitu kan . Kau tak pikir langsung susah senang apa yg kitamer lalui sama sepanjang nii . Kau penah x tpikir semua tu . Kau nak kuo dr gp sr sama macam semua kuo dr sr . Xpayah ade gp laa . Bubar jee gp nii xpayah ade gp . Srs aku x bole terima . Aku taip ni pon nak nangis bila kenang semua tu . Tp kau senang2 jee cakap gitu . Mane penah semua kenangan kitamer ? Kau nak buang macamtu je ke ? Sedih laa sedih gini . Bila daa xbsua muka gini jadi .. Aku bunyi jugak dalam.gp ni even semua read jee . Xpe xpe aku x kisah . Bia laa aku cakap sorang pon aku xkisah asalkan tak pupus gp nii tp bila semua nii jadi . Aku xbole r . Penat laa gini . Aku jee yg beria ria padahal korang tak pon . Kalau betul nak bubar gp sr nii aku nak korang pikir semua yg kita lalui bersama2 selama nii . Pikir renung sedalam dalamnya . Korang pon daa besar . Daa bole pikir dengan matang . Aku xde hak nak halang korang dr buat apa yg korang suka . Sapa aku kan . Kawan yg xde pape pon . Aku mintak maaf laa andai semua kata2 aku ni ade yg myinggung perasaan korang . Maaf sangat2 '

  Aku cuma copy n paste saja tapi ada part aku terpaksa delete untuk kebaikan . Dan korang tahu tak aku sedih sangat masatu sampai nak menangis mengenangkan persahabatan kita akan musnah tapi alhamdulillah kini tidak . Aku berdoa semoga persahabatan yang telah lama terjalin ini berkekalan selamanya . InShaa Allah . Ameen .. 

  Ni gambar dorang masini sambut birthday husna kat sekolah . Aku rindu , rindu kamu semua ❤ korang menyempurnakan kehidupan seharian aku

Di Malam Yang Sepi

Assalamualaikum

Aku fatin , 19 tahun dan akan masuk kealam 20an tahun depan . Semoga bertemu orang2 yang baik2. Malam ni bila aku bukak balik blog aku ni terlalu banyak kenangan . Kenangan yang tak mungkin akan aku lupa sampai bila2. Aku rindu , rindu akan kenangan yang lalu .

  Di draft blog aku ni penuh dengan kenangan aku dan dia . Siapa dia itu ? Takperlu laa aku beritahu biarlah menjadi satu rahsia sampai bila2. Aku rindu kau . Aku tal kuat masa kau putus dengan aku dulu . Walau pada dasarnya aku nampak okay masa kita putus dulu tapi aku terpaksa sebab kau sudah pun menjalinkan relay dengan orang lain walaupun hubungan tu tidak kekal lama .

  Aku rindu dekat kau , rindu sangat tapi apakan daya rindu aku ni tidak ada maknanya lagi buat kau . Kau tau tak betapa perit dan tersiksanya aku untuk lupakan kau . Walaupun kau tak pernah tahu . Aku tak kuat bila terserempak dengan kau , hati aku meronta2 mahukan kau kembali bersamaku . Dan kenapa aku tak tegur kau yaa sebab itulah . Rindu akan tidak akan dibalas oleh kau . Aku tahu itu dan kenangan kau dan aku sudah lama berakhir tapi izinkan aku menyimpan kenangan kita berdua ini boleh supaya dapat aku jadikan sebagai satu kenangan manis dan pengajaran . Pengajaran supaya tidak mencintai orang lain lebih dari diri sendiri dan jangan meletakan harapan yang tinggi untuk sebuah ikatan yang belum pasti kesudahannya...

Aku tak pernah menyesal mahupun sesal mengenali kau malah aku bersyukur kerana ALLAH hadirkan kau untuk aku walaupun hanya untuk seketika Alhamdulillah . Terima kasih Ya Allah . Kini kita telah berakhir , berakhir yang aku tahu tidak akan berbalik. Tapi aku tetap bahagia dulu pernah memiliki kau walaupun hanya sementara . Walaupun ketika itu tidak ade yang menarik tentang diri aku jika mahu dibandingkan dengan ex2 kau .

  Aku pernah cakap aku taknak kau tinggalkan aku tapi itu semua sudah terjadi dan amat sakit untuk aku lalui semua tu. Aku tak kuat , tak kuat bila bsemuka dengan kau . Kau tau aku tutup pintu hati aku sehingga kini meskipun ada yang mahukan aku tapi aku menolak bukan kerna aku tidak suka tapi sebab hati aku susah susah nak terima orang lain dari hidup aku . Yaa dulu aku pernah coupe dengan sorang selepas kau tapi tak kekal lama genap sebulan aku mintak putus sebab aku tal boleh nak lupakan kau ketika itu.. Kau tahu aku telah menyakiti perasaan orang yang tak bersalah ! Aku tak salahkan kau mungkin silap aku , silap aku sebab tak boleh terima kenyataan . Kenyataan dimana kau bukan lagi milik aku .. Aku sakitt .. Sakit sangat . Aku buang semua kenangan kita bersama2 separuh dari diri aku . Dulu hampir setiap hari aku rindukan kau tapi kini aku akhirnya berjaya menghapuskan perasaan aku terhadap kau dan aku teruskan kehidupan aku seperti biasa walaupun perit sebenarnya tapi life must go on dan aku perlu move on dengan kau . Aku berjaya terima kasih terima kasih untuk ini semua . Semoga kau berbahagia bersama dia . Aku doakan .

  Dan aku berdoa semoga aku boleh terima orang lain dimasa akan datang , kau doakan aku yee . Walaupun aku tahu kau takkan bace blog aku ni dan kau juga tampaknya sudah bahagia bersama pilihan hati kau . Aku tumpang bahagia . Sesungguhnya mencintai tak semestinya memiliki . Selamat tinggal kenangan .

Sabtu, 29 September 2018