Fatin STEADY

Sabtu, 15 Disember 2018

Bercerita

Assalamualaikum

Nama aku Fatin Natasya boleh panggil Fatin atau Tasya . Aku berusia 19 tahun dan masih menganggur tidak bekerja dan taknak kerja buat masa sekarang and maybe next year aku akan kerja . Yelah baru habis exam kot mood holiday lagi .

Aku suka sangat tengok drama tak kisah laa melayu ke china ke thailand ke english ke hindustan ke ataupun korea asal jalan cerita best aku layan . Dalam laptop aku tu penuh dengan movie2 haha sampai umi bising sekali sebab asyik tengok movie jee tapi jangan risau semua kerja rumah aku daa settlekan sebelum tengok movie . Yeayy aku seronok sebab tahun depan tak payah pergi sekolah daa tak payah bangun pagi2 bersiap2 ke sekolah . Just adik aku je tinggal yang masih bersekolah haha padan muka . 7 tahun kat sekolah TA tu . Andai lah aku datang tawaran sambung belajar aku tak sure lah nak pergi ke tak sebab hati aku nak kerja jee sekarang nii bukan apa belajar tinggi mane pun belum tentu jamin pekerjaan sebab masalah ekonomi sekarang yang merosot . Erm ntahlah aku pun tak tahu . Semoga nya berjalan dengan lancar . Ameen ..

  Lately ni aku rasa macam entah lah malas ambil tahu hal yang belaku dekat sekeliling aku . Sapa yang suka aku sapa yang benci aku ehh aku taknak ambil tahu langsung biarlah tu hak dorang kan takde kena mengena dengan life aku ..

  Aku selalu terpikir bila aku takde dekat dunia ni macamana kehidupan keluarga aku dan kawan2 aku. Aku rasa macam ehh aku pun tak tahu nak explain macamana rasa tu tapi andailah umur aku tak panjang aku nak mintak maaf pada semua orang yang mengenali aku mahupun tidak . Fifah andai kau baca ini pegang kata2 aku tu bila aku dah tiada nanti . Ingat ! Amanah !!

  Kadang2 aku kesian tengok family aku dan aku tidak tahu macamana nak ubah .. Aku hanya mampu menghiburkan mereka sahaja walaupun aku jee yang ketawa .. Niat aku satu je aku harap aku mampu bawak umi dan abah aku mengerjakan umrah . Itu je yang aku harapkan tapi aku tidak tahu bila akan termakmul semua tu.. Semoga segala urusan aku berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah .. Semoga juga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk kedua orangtuaku . InShaa Allah .. Ameen ... Aku sayang keluarga aku ini walaupun kami tak kaya tapi kehidupan kami sangat bahagia ❤

  Sahabat ? Yaa aku ada sahabat2 yang sangat memahami sikap aku seperti apa . Aku ? Aku adalah sahabat yang tidak berguna kerana sering menyusahkan mereka , sering memyakitkan hati mereka , sering membuat mereka marah dekat aku dan sering melakukan hal2 yang mereka benci tapi aku bersyukur , bersyukur mempunyai sahabat2 yang sudi terima aku seadanya walau buruk macam apa pun peragai aku terhadap mereka . Terima kasih SR ilysm ❤ maaf sepanjang perkenalan kita aku banyak membuat korang terasa atau apa yang seangkatan dengannga dekat korang . Maafkan khilafku ini sahabat . Tidak ada niat sedikit pun aku untuk melakukan itu semua ..

  Salah ke aku nak jauhkan diri dari orang yang menyukai aku ? Salah ke tindakan aku ini ? Kenapa dorang kejar aku sedangkan takde apa yang menarik tentang diri aku ini . Aku dah buat cara kejam cara jahat supaya merela menjauh dari aku tapi kenapa dorang sikit pun tak bergajak !! Arhhh aku tak suka !! Aku anggap dorang kawan2 aku jee . Walaupun dorang dah bkorban untuk aku bukan aku tidak hargai tapi aku tidak boleh terima dorang . Aku tak tahu dengan perasaan aku ini . Kadang2 aku rasa menyampah dengan dorang semua . Salahkah aku ? Kejamkah aku ? Jahatkah aku ? Sebab perlakukan mereka seperti itu ?

Lelaki A - aku tahu family aku rapat dengan kau malah umi aku sendiri anggap kau sebagai anak dia sendiri tapi tolonglah tolong jangan gunakan family aku untuk dapatkan aku . Ohh mungkin aku yang salah angvap terhadap kau . Bukan aku pandang rupa tapi aku dah anggap kau sebagai abang aku yaa abang aku kerana aku tidak punua abang kecuali abang ipar . Ohh mungkin silap aku terlalu rapat dengan kau dahulu niat aku hanya ingin berkawan . Kita kenal pun dari kakak dan abg ipar aku *before dorang khawin* . Walaupun kau dah berjaya sekarang ni aku tetap anggap kau sebagai abang aku.. Tapi cukuplah memberikan aku hadiah2 aku tidak minta itu semua aku tidak mahu itu semua kerana aku tidak mahu berhutang budi dekat kau walaupun kau banyak menolong keluarga aku . Aku hargai . Aku selalu kena marah dengan umi aku bila aku menentang pasal kau . Umi aku sayangkan kau lebih dari aku mungkin . Umi takpaham yang aku tak suka dia kenapa perlu paksa ! Umi selalu cakap aku sombong tak kenang budi dan macam2 lagi . Bukan macam tu niat aku . Aku terpaksa buat itu semua supaya kau mjauh dari kehidupan aku . Aku tak larang kau nak rapat dengan keluarga aku tapi tolong tolong buang perasaan kau terhadap aku . Walaupun aku terasa setiap kali kena marah dengan umi tapi apa lah sangat jika nak dibandingkan dengan tergurisnya hati umi terhadap aku mungkin khilafku. Maafkan angah umi ilysm umi ❤ . Aku tak salahkan umi dalam hal ini mungkin silap aku , silap aku yang tak pernah nak nampak keikhlasan orang lain terhadap aku . Maafkan aku . Aku harap kau bertemu orang yang selayaknya untuk diri kau kerana aku bukan orangnya.

Lelaki B - kau ex aku walaupun hanya sebulan kemudian aku mintak putus dan aku tahu betapa kecewanya kau bila aku minta putus tanpa alasan yang jelas . Maafkan aku . Sampaikan kau suruh aku block number kau . Kau tak maki aku pun masa tu terima kasih tapi aku tak boleh tipu perasaan aku ketika itu yang mana aku masih tidak bole move on dengan ex aku yang sebelum ini.. Setelah hampir entah aku tidak ingat kau muncul kembali mencari aku aku kira kau mungkin dah maafkan aku dan kau datang membawa satu harapan , harapan untuk kembali kepada aku . Maafkan aku sekali lagi aku tidak bisa terima kau kerana hati aku hati aku telah tertutup untuk menerimanya . Aku tidak kisah kau datang untuk berteman sama aku tapi jangan kau datang untuk mengejar cinta aku kerana itu tidak mungkin terjadi .. Walaupun kau berusaha keras sampaikan kau menangis2 aku tidak bisa terima kau , aku tidak tahu kenapa . Maafkan aku kerana telah menyebabkan kau menangis dan kecewa maafkan aku . Walaupun sehingga kini kau masih contact aku mengharapkan aku tapi maaf aku tidak bisa terima kau kembali dalam hidup aku sebagai pasangan hidup aku tapi kalau sebagai teman aku bisa . Kau tidak salah , aku yang bersalah kerana tidak menghargai kau tapi aku tidak bisa terima kau . Aku harap kau jumpa jodoh yang betul2 mahukan kau sayangkan kau cintakan kau kerana aku bukan orangnya . Maafkan aku

Lelaki C - kawan aku yang aku pernah anggap sebagai sahabat aku suatu ketika dahulu dan kini tidak . Hanya anggap sebagai teman biasa kerana hal2 yang tidak perlu aku jelaskan disini.. Dulu aku pernah tolong kau untuk pikat kawan aku sendiri yang kini jadi sahabat yang paling aku percayai tapi macamana kau boleh tersuka aku pulak . Aku pun tak pasti . Aku tahu kau banyak berkorban untuk aku . Aku hargai sangat2 . Aku tidak suka kau disebabkan peragai kau yang takperlu aku nak jelaskan disini sampai geng2 aku pun ada kadang menyampah dengan peragai kau itu tapi dalam pada itu kau juga mempunyai suka yang baik dan suka tolong orang lain.. Kau sanggup berabis duit untuk orang kau pernah cakap ' duit boleh cari ....... ' tapi aku tidak suka kau mungkin sebab peragai kau yang tersangatlah annoying nak mati ! Ramai je yang suka dekat kau sampai ada yang bergaduh2 huh . Dulu kita pernah gaduh tak contact tal btegur sapa jumpa buat takkenal dan masatu aku dengar kau ada kapel dengan sorang budak ni tapi kenapa bila aku muncul balik kau buang budak tu alasan yang paling bodoh yang takboleh diterima sampaikan budak tu marah aku , apa salah aku ! Apa kena mengena hal korang dengan aku ! Yang aku tahu kau dan aku cuma kawan . Aku tak tahu setiap apa yang kau buat selalu buat aku sakit hati dan menyampah dekat kau . Entah lah tapi aku tak benci kau cuma tak suka dengan peragai kau tu sahaja . Aku tak kisah kalau kau nak berkawan dengan aku tapi jangan sampai ada hati dekat aku . Betullah orang cakap jangan terlalu rapat perempuan dan lelaki nanti ada antara salah sorang akan tersuka tanpa sengaja . Kalau dua2 suka takpe ini kalau sorang sahaja mau rasa tak selesa nak berkawan . Aku tak boleh terima kau wehhh aku tak pasti kenapa aku takpaham dengan perasaan aku sendiri tapi yang pasti aku anggap kau sebagai kawan je . Tolong paham , jangan kejar aku dah . Maafkan aku sebab menjauh dari kau itu untuk kebaikan kau dan aku juga kalau tidak kau makin menjadi2 . Aku taknak berulang lagi apa yang pernah terjadi dekat kita dulu bergaduh sebab hal macam ini . Aku taknak bermusuh dan apa yang pernah terjadi antara kita biarlah lupakan semuanya .. Bukan aku nak buang kau dari senarai kawan2 aku tapi kalau peragai kau macam ini aku terpaksa weh maafkan aku .. Aku harap kau berjaya dan jumpa orang yang betul2 mahukan kau sebab aku bukan orangnya . InShaa allah

  Aku tak tahu nak luah dekat sapa . Dekat kawan2 aku erm dorang tak paham malah cakap aku ni jual mahal lah apa lah . Semua nampak salah aku takpernah nak hargai orang lain tak bukan macam tu wehh . Perasaan tak boleh dipaksa . Korang tak paham apa yang aku rasa . Dan yang paling menyedihkan bila kawan aku sendiri suka mengungkit aku dengan dorang semua . Tapi takpelah biarlah dorang nak cakap apa pun aku tak kisah . Aku tahu apa yang aku . Ini kehidupan aku siapa2 takde hak nak paksa aku .. Aku mintak sangat korang paham perasaan aku . Nampak sahaja aku happy bergalak tapi jauh dari sudut hati aku aku sedih . Mencintai tidak semestinya memiliki dan aku hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan semuanya dan tak mustahil Allah terbalikkan perasaan aku dari tidak suka menjadi suka . Siapa tahu kan . Kalau ada jodoh antara kita adalah  :)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan