Fatin STEADY

Jumaat, 21 Disember 2018

Throwback Zaman Sekolah Menengah hingga PRA-U

Assalamualaikum

Nama aku Fatin berusia 19 tahun dan masih menetap di Pahang . Okay pagi ni aku nak imbas kembali zaman sekolah menengah hingga ke PRA-U . Masa PRA-U aku masih ambil course yang ada di sekolah aku . Aku bukanlah budak aliran sains tulen kerana semasa aku ditingkatan 4 dan 5 aku budak aliran sastera . Aliran sastera yang aku ambil ditingkatan 6 ialah Subjek Sains Sukan,Muet,Pengajian Am,Sejarah dan Pendidikan Seni . Bagi semua yang pernah masuk PRA-U akan tahu subjek Pengajian Am dan Muet adalah wajib diambil . Di sekolah aku ada pilihan antara BahasaMelayu/SainsSukan,Geografi/Sejarah dan Pendidikan Seni/PengajianPerniagaan . Ramai yang mohon subjek Sains Sukan tapi malangnya hanya 21 orang sahaja yang terpilih termasuk lah geng2 SR aku dan memang kami berasal dari aliran Sains Sukan dari Form4 lagi . Majoriti kelas aku tu semuanya pelajar yang berasal dari sekolah tu dan tak silap aku hanya 5orang sahaja pelajar yang bukan dari sekolah aku dan mereka bukan pelajar yang ambil aliran Sains Sukan di sekolah mereka tapi ada lah jugak pelajar yang bersekolah disitu didalam kelas tak ambil aliran sains sukan semasa ditingkatan 6 tak silap ada lah dalam 2 orang .. 21-8 = 13orang yang memang asal pelajar SainsSukan semasa ditingkatan 4 dulu.. Okay balik pada topik asal . Waktu zaman sekolah menengah yang aku rasa terlalu banyak kenangan yang susah untuk aku lupakan sampai bila2 . Kenangan yang banyak mengajar aku erti kesabaran,ketabahan,keberanian,ketekunan dan tidak mudah mengalah..

  Masa aku daftar disekolah tu sebagai pelajar ting.1 aku sangat lah bersemangat sebab nanti akan ada ramai kawan . Aku asal budaknya bukanlah yang jenis suka lipat tudung sewaktu disekolah rendah tapi entah macamana aku boleh lipat tudung hingga lah kini tapi perasaan aku salah ! Semasa aku ditingkatan 1 , aku tak ramai kawan . Aku dibuli oleh orang banduan2 yang tidak berguna . Masa aku tengok daftar pelajar dipintu kelas aku iaitu 1K2 ada nama kawan aku masa sekolah rendah tapi sayang dia pindah jengka sebab hal peribadi . Semua geng2 aku sekolah rendah semuanya sekolah lain erm . Ohh yaa dekat sekolah aku ada 7 kelas iaitu KAA ( kelas ni yang ambil subjek Arab ) , k2,k3,k4,k5 dan k6 ( kelas lain ambil subjek biasa ) .. Sebenarnya senarai nama mengikut kelas tu cikgu main isi je untuk penuhkan senarai pelajar bagi setiap kelas nanti ada rombakkan kelas . Selepas habis sesi orientasi selama seminggu cikgu susun balik kedudukan kelas mengikut pencapaian tak silap aku and yes aku masih kekal dikelas 1k2 .. Ada kawan baik aku dari kecil satu kelas dengan aku . Kalau ada yang bace masa aku dibuli waktu darjah 5 yang dia pulaukan aku . Haa tu dia .. Jenis dia bebas berkawan dengan siapa2 jee tapi  entah lah aku nak terang macamana . Aku kesunyian masa ditingkatan 1 . Ada lah satu hari tu seorang pelajar perempuan masuk daftar dekat sekolah tu dan masuk kelas aku iaitu 1k2 . Aku tersangat lah gembira sebab akhirnya aku ada kawan yeayy tapi dia pulak jenis yang suka ponteng sekolah asyik tak datang je erm aku sunyi nak nak selalu kena buli tapi takdelah buli yang pukul2 semua tu sampai sekarang aku masih ingat ayat2 yang dia pernah cakap dekat aku menyebabkan setiap kali aku teringat , aku jadi marah benci dekat dia .. Aku ingat lagi ada sorang budak lelaki kelas tu selalu menyakat aku sebab aku ni pendiam sangat .Aku happy at least takdelah aku rasa sunyi sangat dalam kelas .. Masa berlalu begitu cepat dan aku berusia 14 tahun ..

  Masa ditingkatan 2 pun aku masih aku yang ditingkatan 1 tak punya ramai kawan dan masa ni ada cikgu buat temuduga pengawas pusat sumber sekolah . Aku pun cuba lah mana tahu dapatkan . Seminggu selepas tu ada kakak pss datang kelas panggil nama aku,fifah,puteri dan beberapa orang lagi aku tak ingat keluar sekejap . Dia cakap kitaorang terpilih jadi pengawas pss . Ya Allah masa tu aku bersyukur sangat . Ohh masani aku dengan fifah tak rapat lagi macam sekarang dan puteri tu budak baru yang aku cerita masa ditingkatan 1 tapi sayang dia selalu tak datang sekolah menyebabkan nama dia dipotong.  Aku masa ditingkatan 2 sangat aktif berlaman sosial nak nak ' FaceBook ' . Adalah satu hari ni ada sorang budak lelaki sekolah yang sama tapi usia setahun tua dari aku chat aku ajak couple dan aku tak bagi respon sampaikan keesokkan harinya ada kawan dia sorang perempuan dan sorang lelaki *yg laki tu ex aku yg aku susah nak move on dulu* datang kelas aku cari aku cakap ada yang nak kenal . Aku cakap lah ' sapa tak kenal,kenapa takdatang sendiri ' . Keesokkan harinya dia sendiri yang datang bersama ex aku tu tapi malangnya aku takde dekat kelas sebab bertugas di pss . Dan pagi2 berikutnya aku sering ditegur oleh budak perempuan yang datang kelas aku tu tanya terima ke tak tapi aku senyap jee tanpa sebarang jawapan dan akhirnya semuanya senyap.  Di pertengahan tahun, ada sorang ni budak perempuan ni tegur aku nama dia Faizatul . Faz nama yang aku selalu panggil dia . Faz ni sorang yang friendly,banyak cakap,sporting,kelakar eh macam2 lagi lah kalau nak describe dia entah bila habis. Masatu aku duduk belakang sekali bahagian tengah sorang2 sebab partner sebelah aku puteri tu selalu tak datang jadi aku sunyi.. Datang faz ni duduk sebelah aku sampai lah akhir sekolah . Tapi masa ditingkatan 1 aku pernah tegur dia sebab kami satu kelab uniform tak sangka dia boleh jadi sahabat aku sekarang ni . Cantikkan perancangan Allah . Dikala hujan dia hadirkan pelangi yang indah selepas hujan. Dia teman aku berborak dengan aku . Start dari situlah aku jadi ramai kawan disitu aku kenal husna,fifah,faizah dll .. Aku ingat lagi masa tu kitaorang main kereta api hahaha al maklumlah duduk belakang sekali . Seronok sangat masatu . Akhirnya hidup aku kembali ceria seperti sediakala . Allah hadirkan Faz untuk menjadi penghibur aku dikala aku memerlukan seorang teman untuk berkawan . Alhamdulillah terima kasih Ya Allah :) ohh aku masih dikelas yang sama iaitu 2k2 selepas dirombak mengikut keputusan akhir tahun . Sebenarnya rombak kelas setiap tahun ikut keputusan peperiksaan ..

  Semasa tahun 2014, sistem pendidikan telah berubah PMR ditukarkan kepada PT3 . Aku adalah batch pertama yang menjadi tikus makmal dengan adanya PBS dengan format selalu berubah2 dan tak pelik lah masa batch aku result tak gempak kan . Okay tu tak penting . Masuk je tahum 2014, awal tahun tu cikgu dah rombak kelas ikut keputusan peperiksaan . Masatu aku risau sangat sebab takut tak sama kelas dengan kawan2 aku yang mana fifah,faizatul dan faizah . Oh masani tak rapat sangat dengan husna . Jadi dia tak penting masani hahaha . Masa cikgu senaraikan nama murid kelas 3k2 dan semestinya nama aku ada lepastu dan nak dekat habis tu aku risau sebab nama geng2 aku yang lain takde kecuali faizah sebab dia dapat kelas 3k1 . Tahniah . Aku risau risau takde kawan tapi disaat akhir nama fifah dan faizatul disebut untuk satu kelas dengan aku . Husna pun sama . Yeayyyy . Alhamdulillah .. Bermula sesi berkongsi cerita peribadi antara satu sama lain . Sebenarnya dari form 2 lagi tapi tak terlalu details sebab masing2 baru nak rapat kan.. Di tingkatan 3 aku kenal lagi ramai kawan antaranya inani,azean,najwa,badriah dan ramai lagilah . Aku rapat dengan faz,fifah dan inani . Inani tempat ganti faizah yang pindah ke kelas 3k1 .. Masa form3 ni sebenarnya banyak yang terjadi tapi nanti aku ada masa aku edit dan cerita lagi .

  Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan mulalah tahun baru yang mana aku dan pun masuk ke alam tingkatan 4 .. Waktu yang mendebarkan kerana macam biasa rombak kelas . Aku,husna dan fifah dapat kelas yang sama iaitu Sains Sukan 2 dan faizatul dapat kelas Perdagangan tapi susunan kelas tu sementara sahaja boleh buat permohonan tukar kelas dan aku,fifah,husna pakat stay je kelas tu dan faz nak kelas sains sukan 1 . Masatu kelas sains sukan ada 2 tapi kelas yang ambil subjek sains sukan ada 3 . Kelas sains sukan 1 dia ambil georgrafi dan sains sukan manakala kelas aku ambil subjek seni dan sains sukan . Dan satu lagi kelas tu adalah kelas Seni yang mana ambil subjek sama dengan kelas aku .. Laku subjek Sains sukan kat sekolah aku .. Okay back to the story, masa aku nak hantar borang permohonan tukar kelas tu aku ternampak surat permohonan faz dan dia tick kelas sains sukan 1 . Disebabkan taknak berpisah dengan dia aku ambil pen cikgu X kelas tu dan tick kelas aku . Haha . Masa umum kedudukan kelas balik tu faz kelas aku . Tak ramai perempuan kelas aku tu taksilap adalah dalam 10 orang yaa lelaki ramai belas jugak tak ingat .. Dalam banyak2 kelas tu kelas aku lah yang paling sikit bilangan perempuan . Aliran yang ada masatu ialah Sains Tulen,Akaun,Sains Sukan 1&2,Perdagangan,Seni,Katering dan SRT tapi sekarang aliran tu ada yang dah tukar contohnya kelas sains sukan 2 ditukar kepada kelas tasawur dan kelas katering ditukar kepada pengajian makanan manakala kelas SRT ada dua iaitu Seni Reka Tanda Dan Seni Rumah Tangga. Aku tak tahu apa yang bezanya . Bagi aku tingkatan 4 dan ting.5 adalah tahun yang paling seronok kerana ada classmates yang sporting,kelakar and the best part is back up else other . Kelas aku masani bermasalah sebab pelajar2 dia kuat lawan cakap cikgu,pemalas,homeword tak silap setiap kali mensyuarat je mesti nama kelas aku naik sebab adanya pelajar yang giler2 niii .. Setiap cikgu yang masuk kelas aku ni mesti akan tertawa dan tak jadi marah sebab pelajar2 kelas aku nii .. Aku ingat lagi cikgi sains sukan aku dia cuba halau kucing tengah gaduh *masani dia tengah mengajar bunyi kucing gaduh* pastu kucing tu masuk dalam kelas melompat dia hahahahahaha series kelakar .. Masa awal tahun aku di ting.4 ni . Aku,fifah,husna dan faizatu memang satu team lah . Lepastu masuk pulak salsabila dan sorang lagi kawan dia . Aku tak berkenan langsung ke salsabila dan kawan dia tu . Puncanya dia ambil tempat duduk aku je . Lepastu kawan dia tu pindah sekolah KV . Dia sorang dan kitaorang pun berkawan lah dengan dia sampai dia dah jadi team kitaorang ..

  Di tingkatan 5 tahun 2016 aku SPM . Masih dikelas yang sama masih orang yang sama dan masih cikgu yang sama mengajar cuma guru kelas je yang berubah . Ting.5 ni adalah tingkatan yang memberi aku satu pukulan hebat yang bila aku teringat aku jadi rindu . Rindu untuk kembali ke zaman ni . Zaman yang penuh dengan suka duka tawa tangis bersama kawan2 sekelas aku. Masani kitaorang satu kelas sangat rapat rapat sangat walaupun ada yang suka menyakat mengejek dan sebagainya tapi adat lahkan dah nama pun sekelas . Biasa lah tu . Terlalu banyak aku nak cerita kan masa ditingkatan 5 ni tapi aku hanya nak ceritakan kenangan2 yang membuat kan aku rindu sahaja. Bukan maksud aku yang lain tak rindu rindu . Setiap apa yang terjadi sepanjang tahun 2016 ni memberikan aku kesedaran kesedaran tentang hebatnya sebuah ikatan persahabatan.

  Hari berganti hari bulan berganti bulan dan tibanya tahun baharu. Tahun dimana aki mendaftarkan diri sebagai student di tingkatan 6 masih disekolah yang sama . Tak terlintas sekali pun difikiran aku untuk masuk ke tingkatan 6 . Entah lah macamana boleh terjebak didunia tingkatan 6 ni . Sebelum ni dapat banyak je tawaran belajar kat kolej2 dan universiti tapi sebenarnya aku tak berminat sangat nak masuk . Lagipula kawan2 aku semuanya mendaftar sebagai students ditingkatan 6 and yaa aku masih orang2 yang sama iaitu faizatul,fifah,husna dan salsabila . Sayangnya faizatul tak stay lama sebab ada masalah peribadi yang mengharuskan dia berhenti form6 . Of course lah sedih kan ! Walau macamana pun kitaorang still contct each other even tak selalu jumpa .. Form6 ni ada 3 kelas . Kelas2 ni sama je taraf dia yang membezakannya cuma subjek yang diambil students dalam setiap kelas tu . 6A1 subjek pengajian perniagaan dan bahasa melayu bagi subjek lain seperti sejarah dan georgrafi dorang boleh pilih . 6A2 ambil subjek seni dan bahasa melayu dan sama subjek pilihan sejarah dan geografi Manakala 6A3 iaitu kelas aku subjek Sains Sukan , subjek lain boleh pilih nanti bila tiba subjek yang dipilih tu cuma akan berpindah kelas seperti yang ditetapkan oleh guru kelas misalnya subjek sejarah dikelas 6A2 manakala georgrafi dia 6A3 dan 6A1 . Subjek pengajian perniagaan dikelas 6A3 dan subjek seni dibilik seni .. Jadi pelajar akan setiasa berpindah2. Memandangkan budak geo terlalu ramai berbanding budak sejarah maka ada 2 kelas dan 2 cikgu . Sejarah pun ada 2 cikgu jugak tapi budak sejarah hanya 21 orang tak silap . Aku bersama geng SR semestinya ambil subjek sejarah bagi aku cikgu2 sejarah memang sporting habis lah . Aku suka cikgu2 aku sebabnya cikgu sejarah tak terlalu push kitaorang walaupun ramai yang cakap sejarah susah bagi aku tak susah sebab perlu hafal dan buat esei tak macam geografi siap ada graf lagi . Aku bab graf peta semua tu tak lepas. Cikgu sejarah selalu belanja pelajarnya makanan like ais krim dan bihun . Masa subjek sejarah kitaorang santai2 jee . ' sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan mengulangi sejarah ' .

  Masa aku dekat lower 6, tak banyak yang berlaku dan aku tak beberapa ingat . Masa aku upper 6 , aku ingat lagi kelas aku buat anjuran pertandingan badminton yelah untuk amali sains sukan . Aku jadi umpire bak kata lain pengadil bagi satu court badminton. Masatu guna 3 court badminton dan setiap court ada 2 umpire 4 penjaga line. Lepas habis je court tu aku berehat pastu ade sorang classmates aku yang main erghh sibuk orang semua tak puas hati dengan dia sebab sepatutnya tak payah lah main sebab anjuran kelas sendiri dah lah tak buat pape eyy aku menyampah ke dia dari dulu lagi sebab selalu satu kelas dengan dia kecuali masa form4/5 sebab dia kelas lain .. Alhamdulillah tak hadap muka dia dah . Dah lah panas baran giler Haa back to the story, masa kitaorang tengah berehat tu dia datang suruh support dia menang . Aku cakap " aku doakan kau kalah ' dia punya marah dia cakap ' shit bab* aku sepak kau karang' pastu aku balas lah balik ' kau lah bab* ... ' bende lagi aku tak ingat terus dia blaa tapi rezeki dia haritu dia menang dapat number 2 tak silap . Wehh series aku bukan seorang yang berani tak tahu kenapa haritu aku jadi berani dengan dia geng2 aku semua tak percaya apa yang keluar dari mulut aku masatu . Aku pun tak sangka tu yang keluar dari mulut aku . Dorang cakap aku dah lama sangat pendam tu . Haa memang betul pun erghh tapi aku harap dia maafkan lah aku . Aku pun dah maafkan dia  dan maafkan semua orang seikhlas hati aku .. Aku taknak bermusuh .

  Masa aku dekat upper 6 pertengahan tahun kan akan ada students untuk lower 6 daftar masuk . Pada mulanya aku tak ambil kisah pun dekat dorang semua sampaikan satu hari husna ada tunjuk aku sorang budak lelaki lower6 dari kelas sebelah . Husna cakap idola dia nak berkenalan ehh malangnya aku pulak yang tersuka tanpa sengaja dia . Weh broken gak r bila dapat tahun dia ada awek silap aku tak sambar dulu haha apalah kau ni fatin tak malu ke . Masa jamuan hari raya husna nak sangat bergambar dengan dia tapi dia segan . Waktu balik tu aku cari jugak dia sebab nak ajak bergambar ehh  malangnya tak jumpa sementara nak tunggu orang datang ambil aku aku lepak lah dengan fifah dan zaleha . Eh ehh terjumpa pulak budak tu . Aku ajak gambar pada mulanya dia taknak sebab dia cakap nak cepat , cepat kemana aku tak pasti lepastu aku cakap boleh lah boleh lah please dia setuju jugak . Aku punya happy doo terus send dekat husna balik tu hahahaha . Husna jealous .. Masatu aku tak lah minat sangat tapi entah bila lama2 tersuka betul2 pulak tapi aku tak berani lah nak tegur dia lepas dia ade awek nak nak awek dia satu kelas dengan dia lagilah tak berani kang tak pasal2 perang dunia keempat pulak.. Lama lepastu orang breakup wehhh camne lah nak hadap hari2 kelas sama pulak tu . Haish kalau aku takboleh.. Aku adalah beberapa kali tegur dia dia balas tapi macam tu jee .. Habis jee stpm ni aku dm dia sampai dia bagi number dia dekat aku tapi bila aku chat dengan dia tak lama pun tak sampai setengah jam dia cakap ade hal . Last2 aku fade up and lepaskan dia pergi dan tak contact dia lagi . Aku yakin pasti ada yang lebih baik Allah nak hadirkan untuk aku . Takpe laa aku redha dia bukan ditakdirkan untuk aku ..

  Banyak yang telah aku lalui sepanjang 7 tahun aku bersekolah Kenangan manis ,pahit,tawar,masin dan kelat haha.. Semua tu menjadi satu kenangan terindah dan menjadi pengajaran dalam kehidupan aku selama 19 tahun ini .. Aku belajar banyak perkara tentang kehidupan mencintai tidak semestinya memiliki,hebatnya sebuah ikatan persahabatan,melepaskan lebih baik,jangan meletakkan harapan yang tinggi pada sesebuah hubungan yang belum pasti,utuhnya hubungan kekeluargaan,pasang surut dalam sebuah istilah berkawan dan sebagainya . Ini semua telah menjadikan aku seorang yang sabar,tabah dan lebih berpikiran terbuka dalam melakukan sesuatu perkara .. Percayalah apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan