Fatin STEADY

Jumaat, 21 Disember 2018

Throwback Zaman Sekolah Rendah

Assalamualaikum

Nama aku Fatin Natasya berusia 19 tahun menetap di Pahang.. Pahang adalah tempat dimana aku dilahirkan manakala kampung aku di Perak kerana umi aku orang pahang dan abah aku orang perak. Setiap tahun aku sekeluarga akan pulang ke kampung halaman . Of course lah tahun lepas aku sekeluarga raya dekat kampung . Okay malam nii aku nak throwback sikit zaman sekolah rendah aku .

  Masa aku darjah/tahun 1 aku tak ramai kawan . Okay biar aku cerita sekolah aku ada 3 kelas iaitu Arif , Bestari dan Cerdas . Kelas Bestari ni kelas bagi orang2 cerdik pandai laa majoriti anak cikgu lah dalam kelas nii manakala kelas cerdas adalah kelas kedua dan ye kelas arif ni kelas ketiga . Aku masa darjah 1 aku ni selalu dicampakkan kejap2 tukar kelas . Aku tak tahu lah kenapa . Kejap kelas bestari kejap kelas arif . Tak silap aku 4 5 kali juga lah aku bertukar kelas . Aku bersama kawan aku yang namanha miza . And last aku stay dikelas 1 Arif . Cikgu2 kelas 1 Arif baik tapi Cikgu Mathematik aku garang seram doo tapi sebenarnya dia baikk mungkin sebab muka dia yang garang kot and aku suka cikgu Inggeris aku sebab dia cantik,baik dan peragai dia yang kekanakan bagi aku masatu . Tak banyak kenangan masa aku darjah 1 ni . Ohh yaa aku juga pra sekolah dia sekolah yang sama.. Masa darjah 1 Bestari ni jugak ada sorang cikgu perempuan ajar subjek apa aku tak ingat di sayang sangat dekat aku . Okay macam ni cerita dia, ada lah satu hari tu aku hantar buku latihan untuk disemak tiba2 dia tarik aku dan peluk aku dan semua pelajar dalam kelas tu pandang aku . Aku pun mac blur lah kenapa tiba2 kan .. Aku biarkan cikgu tu peluk aku . Lama dia peluk . Aku taktahu kenapa . Nama cikgu tu cikgi Zaitun dan bila kitaorang terserempak aku akan tegur salam dia peluk dia , dia pun sama . Aku sayang cikgu nii ❤

  Masa aku darjah 2 . Kenangan yang hinggan kini aku masih ingat iaitu aku terkencing dalam kelas sebab masa waktu matematik and yes cikgu yang jadi guru kelas aku masa darjah 1 ajar . Series aku tak berani nak keluar pergi tandas . Dah lah masatu aku duduk tempat bahagian tengah sampai lah waktu rehat ada sorang budak lelaki ni tegur aku cakap aku kencing dalam kelas sampai bagitahu ustaz . Biasalah masatu rasa malu atau sebagainya dan dengan selambernya aku cakap " aku daa cuci lah " hahahahaha bagi aku kelakar bila ingat balik . Aku ada sorang kawan ni nama dia puteri rambut dia panjang sangat cecah punggung series tak tipu dan aku ada minat sorang budak lelaki ni sehingga ke darjah 6 . Kenangan darjah 6 aku takboleh lupa . Nak tahu kena bace sampai habis okay 😂 okay masani aku kelas 2 Cerdas .

  Masa darjah 3 . Aku kelas 3 Bestari . Taklama aku kelas tu sebab aku pindah ke perak sebab abah aku dapat kerja dekat sana . Sekolah dekat sana memang dekat dengan rumah atok aku jalan kaki tak sampai 3 minit daa sampai memang dekat sangat .. Ohh dekat perak ada kelas rakyat iaitu kelas agama waktu petang . Masa pindah tu aku pergi sekolah rakyat dulu jadi aku kenal lah pelajar2 yang sekolah sama dengan aku . Ohh yee lupa mak sedara aku cikgu agama dekat sekolah rakyat tu dan anak dia yang bongsu sebaya dengan aku . Keesokkan harinya baru aku memulakan sesi persekolahan . Sekolah yang aku bersekolah ni cuma ada dua kelas iaitu kelas Gemilang bagi pelajar yang cerdik pandai dan majoriti anak cikgu dalam kelas tu sama jee macam sekolah aku dekat Pahang . Kelas kedua kelas Cemerlang dan aku di 3 Cemerlang sebab kelas Gemilang penuhh .. Masa masuk tu aku tak ramai kawan cuma berkawan dengan sepupu aku nama dia Syida . Yelah budak baru jadi kena ambil masa untuk biasakan diri. Masa mula2 masuk tu aku dah kena kacau dengan sorang budak lelaki ni . Sampai kini aku ingat nama dia *Andry* dia ni kacukan indon taksilap ayah dia kot orang indo aku pon tak ingat . Dia suka sangat kacau aku sampai aku kadang2 rimas sehinggalah aku naik ke darjah 4 dia masih lagi suka kacau aku. Biasalah budak baru kan selalunya ramai peminat haha . Adalah sorang budak lelaki yang aku ingat *Tarmizi* tetibe suruh kawan dia nama Amri (Amri ni anak orang berada no bad lah muka putih tapi banyak cakap tak behenti cakap) . Amri tu tanya aku " weh kau suka dia tak *tunjuk ke tarmizi " pada mulanya aku tak kenal sapa tarmizi #takcare pastu aku dengan selamber geleng haha broken dia .. Mana lah aku tahu tetibe je tanya soalan macamtu . Sorry tarmizi .. Ohh lupa masa aku masuk kelas tu lagi seminggu tak silap ada peperiksaan . Yes aku dapat number 1 and cikgu puji aku melambung2 . Dalam kelas tu ada lah beberapa pelajar pintar antaranya Syafiee , idham , natasya dan qamarina . Dorang pun terkejut . Okay macamani cerita dia . Masa keputusan diumumkan cikgu akan mula dari ranking terbawah pastu bila dah sampai tempat 2 still takde nama aku , aku pun pelik.lah mana nama aku kan rupanya aku top 1 . Ya Allah , terkejut aku series series jadi pelajar yang lain pun terkejut nak nak pelajar yang selalu bersaing tu semua pandang aku maliu siuttt masatu.. Aku ingat lagi ayat cikgu tu " Awak semua kena contohi budak baru ni baru masuk dah dapat tempat pertama " dan bila ada kuis ke pertandingan yang cikgu buat dalam kelas mesti orang berebut nama satu team dengan aki . Aku bukan nak bangga atau reka cerita tak ni realiti .. Dan aku masih ingat sorang cikgu perempuan pratikal kat sekolah tu dia ajar matematik . Dia baik sangat aku suka belajar dengan dia . Nanti ada masa aku selitkan gambar masa aku 3 Cemerlang bersama cikgu tu okay. Banyak kenangan masa aku dikelas 3 Cemerlang . Kalau nak cerita entah bila akan habis ..

  Dan disebabkan keputusan peperiksaan dan prestasi pelajaran aku cemerlang aku dapat kelas 4 Gemilang . Okay aku taksuka duduk kelas ni sebab aku takde kawan semuanya sombong biasalah budak pandai2kan . Erm masani pelajaran aku down dan adakadang aku banyak ponteng sekolah/kelas . Dan aku takde mood belajar itu menyebabkan pretasi pelajaran aku merosot dan sering dapat ranking terbawah dalam kelas dan aku dipindahkan di kelas 4 Cemerlang . And yaa im so happy !!! .. Di kelas 4 Cemerlang aku masih diganggu oleh si Andry tu dan menjadi pencabar oleh pelajar2 yang aku sebutkan tadi . Masa masuk kelas tu boleh pulak aku duduk depan Andry dan dia selalu tarik kerusi aku suruh kebelakang dia kacau kacau sampai aku rimas ehh rimas lah . Setiap kali peperiksaan aku selalu dapat ranking number 1 dan 2 menyebabkan pretasi aku meningkat balik tapi cikgu tak pindahkan aku pun and kalau ada memang aku taknak pindah kelas !! Tiba2 rindu saat andry selalu kacau aku . Dia baik dan suka bercakap tak behenti2 dia peneman aku bborak teman aku saat sunyi dan yang penting dia lawakk .. Taklama selepas itu aku pindah balik dekat Pahang dan sekolah yang sama semasa aku darjah 1 - darjah 3 . Okay kedudukan kelas diubah iaitu dimana kelas Arif menjadi kelas pertama manakala kelas bestari kedua dan kelas cerdas ketiga . Aku dapat kelas bestari of course happy dapat jumpa kawan2 lama . Tak banyak kenangan masa 4 Bestari sebab aku masuk pertengahan tahun . And yes aku dapat ranking 5 keatas tak ingat number berapa . Yes di darjah 5 !

  Darjah 5 aku dapat kelas 5Arif . Macam yang aku cakap kelas pertama ni pelajar2 dia semuanya sombong belagak majoriti pengawas dalam kelas tu . And yaa aku dibuli oleh pengawas2 disitu . Series masa darjah 5 adalah kenangan termalang yang pernah aku rasa . Saat aku dibuli , saat kawan baik kau abaikan kau , saat kau dipinggirkan oleh semua , saat kau tidak ada kawan . Aku tak tahu apa yang dorang benci sangat kat aku ni tapi aku tak cakap semua pelajar kelas tu jahat ada yang baikk dan dorang je yang sudi kawan dengan aku . Sampai satu tahap tu aku rasa tertekan nak pergi sekolah . Pelajaran aku merosot selalu ranking terbawah dan teruk lah ! Sehingga aku diturunkan kelas ..

Darjah 6 aku kembali ke kelas 6 Bestari . Alhamdulillah .. Disini dikelas 6 Bestari bermulalah semuanya . Dimana aku betemu dengan kawan2 yang sangat sangat lah giler2 .. And yaa aku selalu di ranking teratas . Selalu menjadi psaing dalam kelas . Aku ingat lagi aku bagi surat2 cinta dekat sorang budak lelaki ni sampai terkantoi dengan guru kelas aku hahaha .. Mana tidak aku suka dia dari darjah 2 kot . Apa orang cakap CINTA MONYET .. Tapi masa terkantoi surat tu puteri kawan baik aku masatu yang cuai entah macamana boleh terkantoi dan aku marah sangat dekat dia lama jugak lah aku tak btegur dengan dia . Dia pujuk tulis surat tapi aku tak layan ..  Sebenarnya puteri pun minat orang yang sama tapi di bkorban untuk aku tapi aku ni bodoh takpernah nak nampak . Selepas tu kitaorang berbaik semula ..  Tapi sayang aku tak satu team dengan dia . Aku ingat lagi aku rapat dengan Jannah seorang pengawas yang ramai peminat dan Nadhilah yang selalu bagi aku tiru subjek English waktu exam haha .. Lepas jee habis UPSR kitaorang bebas bermain dan aku dan kawan2 lain tolong cikgu contohnya jaga kelas , tanda kertas periksa dan macam2 lagi lah ..  Aku ingat lagi masa aku jaga kelas 1 Arif taksilap . Ada lah sorang budak lelaki ni nakal sangat tapi dia takut dekat aku dan sehingga kini bila jumpa aku dia akan cakap " hai kakak garang " hahaha dik awak ingat lagi kakak yee . Ohh lupa ada satu hari tu cikgu asingkan pelajar ikut keputusan peperiksaan rombak kelas dan cikgu panggil aku cakap nak masuk kelas 6Arif tak dan aku taknak sampaikan cikgu tanya ada tak kawan2 yang dapat kelas 6Arif tu tapi malang takde dan aku dengan mata nak berair tetap taknak masuk kelas 6Arif tu dan cikgu tengok reaksi muka aku macamtu terus kekalkan aku dikelas 6Bestari . Geng2 aku Puteri,Anita,Hani,Aqilah,Atirah,Iqbal,Asraf dan Badrul . Sebenarnya banyak konflik antara kitaorang ni tapi aku aku cerita entah bila lah habis dan ada je antara kitaorang yang saling menyukai ..  Banyak lagi aku nak cerita masa darjah 6 ni tapi biarlah aku sahaja yang tahu ..

  Kalau perasan aku selalu naik turun naik turun prestasi pelajaran . Sebenarnya tu effect pelajar2 dikelas itu .. Banyak lagi aku nak cerita tapi aku aku cerita entah bila akan habis . Bagi aku kenangan di darjah 6 aku takboleh lupa sehingga kini . Ianya merupakan kenangan yang tersangatlah manis yang pernah aku rasa sepanjang di zaman sekolah rendah dan begitulah kehidupan aku di sekolah rendah . Aku bukan seorang yang ramah tapi seorang yang pemalu . Tapi aku suka tegur pelajar baru untuk berteman .. Mana yang kenal aku tahu seperti apa aku ini .. Wehh korang aku rindu :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan