Fatin STEADY

Selasa, 22 Januari 2019

Hang Out

Assalamualaikum

Nama aku Fatin berusia 20 tahun masih lagi menanam anggur dirumah 😅. Sekarang ni dah tahun 2019 like srsly aku macam tak percaya je umur aku dah 20 tahun dan masih tak buat apa2 .

  Okay harini aku nak cerita pasal petang semalam ( Ahad ) . Masatu aku tengah layan movie cerita " hwarang " okay mana yang tak pernah tengok lagi cerita ni wajib tengok sebab actor2 dia keren2 banget gue jatuh cinta sama actornya ❤  Hahaha . Cerita dia zaman Raja Jienhung tak silap . Eh betul dak eja tu okay nevermind lah . Okay meh aku cerita sikit sinopsis yang aku paham dalam cerita korea nii . Percintaan antara seorang lelaki (Sun Woo) dan seorang perempuan (Ah Ro) . Pada mulanya Sun Woo ni ada sorang kawan (Mak Moon) yang mana dorang ni golongan petani yang tak dibenarkan masuk ke ibukota. Mak Moon ni nak cari adik perempuan dia yang bernama Ah Ro sekaligus nak cari family dia . Selepas masuk je ibukota tu Mak Moon ni tak sengaja ternampak wajah raja yang mana sesiapa yang melihat wajah raja akan dibunuh oleh ratu iaitu mak raja Demi menjaga keselematan anaknya . Mak Moon ni agak lemah kalau berlawan kalau nak dibandingkan dengan kawan dia Sun Woo atau gelaran famous dia Anjing-Burung. Sun Woo ni memang terer laa bakhang . Sun Woo ni ada satu dadu yang mana bila dia baling je dadu tu apa tulisan yang keluar itu lah nasib yang akan terjadi. Mereka dikejar oleh pengawal raja kerana Mak Moon ni ternampak wajah raja tengah2 berlawan Anjing-Burung pengsan . Haa ni satu kelemahan Anjing-Burung mudah sangat pengsan demi menyelamatkan kawan dia Mak Moon berkorban . Dalam perjalanan nak menyelamatkan kawan dia Anjing-Burung ni terjumpa An Ji ayah kepada MakMoon atau nama sebenarnya Sun Woo yang telah diberikan kepada Anjing-Burung kerana dia takde nama. Namun Mak Moon tak dapat diselamatkan . Anjing-burung bersumpah akan membunuh raja demi menuntut bela atas kematiaan sahabatnya itu. An Ji menyuruh Anjing-Burung tu berpura-pura menjadi abang kepada Ah Ro kerana dah lama mereka mencari Mak Moon . Nak dijadikan cerita Sun woo ni menjaga Ah Ro tujuan dia tetap hidup adalah untuk Ah Ro . Ratu telah memerintahkan pengawal untuk mengistiharkan sun woo menjadi hwarang kerajaan Silla . Suatu hari Ah Ro tahu kebenaran bahawa Sun Woo bukan abangnya dan dia marah tak inginkan sun woo menjadi abangnya . Ah Ro marah sebab Sun Woo menghindarinya dan dia memarahi sun woo dengan mengatakan supaya sun woo ditimpa kecelakaan . Petangnya semasa sun woo berlatih memanah dia terjatuh dari kudanya kerana penyakit dia yang mudah pengsan tu datang . Ah Ro yang menyaksikan kejadian tu terus berlari mdekati sun woo dan denyut nadi sun woo takde . Ah Ro meluahkan apa yang dia rasa tiba2 keajaiban berlaku sun woo tersedar dan mencium Ah ro masatu Ah Ro binggung dan sun woo kembali pengsan sehingga tak sedarkan diri selama 4 hari setengah . Bila sun woo sedar dia masih berkelakuan yang sama iaitu menghindari Ah Ro . Ah Ro kesal dengan tindakan sun woo kemudian sun woo menghampiri Ah Ro menyatakan hal yang sebenar . Sebenarnya mereka dah lama suka satu sama lain sejak ah ro berjumpa dengan sun woo tapi sebabkan masatu sun woo tu abangnya . Ada sorang kawan sun woo yang bernama Ji Dwi menyukai AhRo . Ji Dwi ni sebenarnya raja tapi takde sapa yang tahu kecuali pengawal istana . Ji Dwi cemburu melihat kemesraan Ah ro dan sun woo . Hwarang semua tahu bahawa ah ro tu adik sun woo . Ahro ni dokter untuk hwarang . Sun woo sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan ah ro . Pelbagai peristiwa telah terjadi sepanjang sun woo bergelar hwarang . Nak tau ending dia kena lah tengok sendiri . Tapi srs memang sedap cerita nii .

  Eh lari dari topik pulakkan . Aku masih tak boleh move on dengan cerita ni even berulang2 kali dah tengok ! Okay sebenarnya nak cerita pasal kejadian semalam . Masa aku tengok cerita hwarang tu tiba2 aku dapat call dari faizatul atau faz . Dia tanya aku ada dekat mana dia nak ajak lepak . Aku on jaa . Kitaorang pergi lah jalan2 pastu aku cakap lah " weh apa kata kita benti kat satu tempat lepak.situ " pastu dia bawak aku dekat tali air . Wehh sampai situ view dia cantik tenang je rasa srsly tak tipu tapi tulah ada anjing kena hati2 takut nanti dikejar . Kitaorang pun lepak lah macam2 kitaorang story yelah lama tak jumpa sebab dia busy aku pon busy . Lepak punya lepak aku ajak bla sebab aku nampak anjing , faz cepat2 start motor anjing tu lari macam nak kejar kitaorang . Faz pon pe lagi pulas laju lah . Haihh hahaha

  Pastu faz ajak lepak dekat jambatan dekat dengan rumah aku . Kat situ view dia takde lah lawa mana tapi tenang air sungai mengalir . Sedar tak sedar nak dekat magrib dah lepak situ . Pastu faz ajak bergambar . Aku jarang tolak kalau orang ajak bergambar haha . Tengah aku tangkap gambar faz tiba2 faz cakap " fatin ada kereta nak lalu " aku pon cakap lah lek jauh lagi siap lambai2 lagi kereta tu . Nak dekat tu aku lari kat faz pastu kereta tu bagi lampu 2 kali . Bila kereta tu dah dekat aku nampak orang yang duduk seat belakang senyum2 . Aku dengan faz gelak je . Faz cakap " apalah kau ni fatin buat kerja giler pi lambai kereta tu kenapa " aku terus gelak . Leklaa bukan dia nak langgar pon . Tapi memang kelakar lah masatu .

  Bila kau tengok air dengan automatik kau akan rasa tenang suasana yang tak terlalu sibuk . Bagi aku tenang je aku duduk dekat tali air dan jambatan tu srs tak tipu . Hilang semua tekanan . Bila dah nak magrib faz hantar aku balik rumah dalam 7 lebih sampai rumah . Aku bukannya jenis yang suka keluar rumah eh jarang sekali lah keluar rumah . Keluar pun dengan family pi bandar . Kalau dengan kawan2 susah sebab depa tinggal jauh. Faz je lah yang rajin ajak aku keluar bila dia free . Btw thanks lah faz sebab aku dah lama tak hirup udara luar . Even aku pakai simple je semalam dengan tak pakai bedak lip semua tu . Keluar dengan keadaan muka tanpa makeup . Jarang sekali sebab aku niat nak ajak dia lepak kat rumah je kebetulan fina anak sedara aku ade dekat rumah aku ajak lah faz hantar dia balik rumah pastu faz ajak pi jalan2 . Aku okay jee without any makeup . Alaa tak penting lah semua tu .

  Aku happy semalam . Thanks faz bawak aku pi jalan2 walaupun sekejap je kita lepak2 borak2 jalan2 . Dah lama tak keluar dengam minah sentap nii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan