Fatin STEADY

Sabtu, 26 Januari 2019

Cinta Monyet

Assalamualaikum

Nama aku Fatin Natasya berusua 20tahun dan masih menetap di Pahang dimana tempat aku dilahirkan . Cepat je masa berlalu pejam celik pejam celik dag besar dah rupanya aku nii tapi perangai tak pernah nak berubah nak nak bila lepak dengan SR lagi lah tak boleh kawal perangai masing2 hahaha . Makin meningkat usia makin banyak yang aku belajar . Salah satunya adalah jangan terlalu berharap dekat manusia kelak kecewa .

  Okay harini nak cerita kisah cinta monyet aku masa darjah 4 . Kisah ia bermula bila keluarga aku pindah ke Perak tempat lahir abah aku kerana hal2 tertentu. Biasalah bila masuk sekolah baru kawan tak beberapa ada tapi aku bukan nak cerita pasal sekolah . Ada sorang budak laki ni nama dia Razif tapi orang panggil dia ajib duduk depan rumah aku lepastu dia ade lah abg2 kakak adik . Salah satu abg dia tu sebaya dengan kakak aku . Ohh yaa ajib sebaya dengan aku .

  Rumah tok aku tu ade  tangga beranda dekat depan kirenya bole lah lepak2 baring kat situ . Ada lah satu hari tengah aku lepak2 aku tak perasan bila masa pulak ajib ni panjat pokok yang dekat rumah dia duk perhati kat aku . Serius aku tak perasan sebab leka berborak dengan kakak dan sepupu2 aku . Tu pon sepupu aku yang duk jerit tanya dia buat apa kat pokok tu . Hari berganti hari aku dah terbiasa dengan kampung tu dengan orang2 kampung tu bermain lepak eh semua lah .

  Ada lah satu hari tu ajib datang rumah tok aku tu bawak kertas pen dia tulis surat bagi aku . Kebetulan aku ade dekat beranda tu tapi belah dalam dia kat luar kat tangga . Aku pon balas lah surat tu dan sesi tu berterusan sampai tak sedae atok aku nak keluar pi mana tak tahu . Endingnya dia cakap dia suka aku , aku pon cakap lah aku pun suka dia haha pastu kitaorang kapel tapi masani aku tak tahu apa maksud kapel bercinta semua nii serius . Yelahh baru darjah 4 kot bukan tau pape tau main je . After the day apa yang aku suruh dia akan buat like aku suruh ambil kucing dia ambil . Apa yang aku nak aku dapat lah kirenya . Satu bende yang aku suka tentang ajib ni sebab dia kelakar serius walaupun dia pendek dari aku masatu . Dah lah kelakar reti nyanyi dan reyi main gitar pulak tu . Auchh  melting doo !

  Aku dulu sekolah rakyat . Sekolah rakyat ni sekolah agama sebelah petang . Ada lah satu hari tu birthday aku , bila balik dari sekolah rakyat tu ingatkan ade lah hadiah ke apa ke . Aku saje lepas balik tu aku lepak depan rumah dia dengan sepupu aku , aku tak layan pon dia masatu tapi balik tu sepupu aku ade bagi keychain kat aku dia cakap dari ajib untuk aku . Perasaan aku masatu Ya Allah bahagianya aku ! Walaupun hadiah tu kecil tapi aku seronok sangat at least dia ingat birthday aku . Malam tu aku lepak dengan dia , borak2 semua tu . Bahagiaaa saat tu . Satu tabiat ajib ni dia suka bela ayam . Apa2 ayam eyy bosan aku tak habis2 dengan ayam dia tu . Nak buat macamana tu hobi dia tak boleh nak larang.

  Hubungan kami macam biasa sampai lah satu hari dia dah suka dekat seorang perempuan nii nama . Ramai tergila kan perempuan ni . Aku tak sekelas dengan dia tapi dekat entry post blog aku yang lama ada aku cerita pasal throwback zaman sekolah rendah . Haa situ . Aku pindah kelas dengan ajib . Ada satu hari tu aku pelik jugak lah pasaipa ramai sangat geng2 ajib ni suka perempuan ni . Ada lah satu hari tu aku tengok dia baling duit so budak2 lelaki tu kutip . Aku pon be like ohhhh patutlah . Lepastu hubungan aku dengan ajib makin hari makin renggang sampailah dia ngaku yang dia suka dekat perempuan tu aku pon cakap lah aku suka orang lain tapi memang pon aku ade suka sorang budak lelaki kelas tu jugak . Balah balah mulut dengan ajib of course lah aku menang hahaha .

  After the day kitaorang masih lagi berkawan macam biasa takde perasaan dendam benci . No tiada ! Kitaorang lepak macam biasa . Lepastu aku pindah balik Pahang . Ada jugak balik kampung lepak dengan dia tapi aku ingat lagi ada satu hari , hari raya aku pergilah lepak rumah dia dengan sepupu aku dan kakak dan adik aku tapi aku , sepupu aku dan kakak aku duduk luar je . Adik aku lepak dengan kawan2 dia dalam rumah ajib tu . Masa tengah borak2 tu abg ajib yang sebaya kakak aku tu panggil aku , aku pon pergilah kat pintu . Aku tanya kenapa pastu dia suruh masuk rumah , aku jenguk lah kat dalam rumah tengok adik aku tengah layan cerita kartun dengan geng2 kecik dia tu lah . Aku tanya lah sekali lagi kenapa . Pastu dia panggil ajak masuk tapi aku tak masuk pon . Aku pon duduk balik dekat sebelah sepupu aku tu sambung borak pastu abg ajib tu pandang then tutup balik pintu . Balik tu aku pikir kenapa dia panggil sampai sekarang aku takdapat jawapan untuk itu .

  Ahli keluarga ajib tu semua kenal aku sekeluarga . Tapi bagi aku kisah cinta monyet aku ni adalah satu kenangan yang lucu haha sebabnya eh aku tak percaya dalam seusia tu aku boleh kapel dengan ajib yang tak pernah aku jangka . Dulu kampung tu meriah sekarang bila aku balik sana sunyi sepi suasana kampung tu dah tak macam dulu emm . Dorang pon dah besar2 dah ade kehidupan masing2 . Dia ke cinta pertama aku ? Erm aku pon tak tahu aku pon tak yakin . Tu semua dah tinggal kenangan , kenangan . Yaaa kenangan ..

  Weh ajib setiap kali aku balik kampung mesti aku akan duduk kat tangga tu mana tau kau datang sapa aku macam dulu2 tapi kau cuma pandang dari jauh jee . Mungkin canggung yelah dah lama tak bertegur selepas aku pindah . Kisah aku dengan ajib heboh dalam kalangan penduduk kampung kat situ . Balik raya tahun lepas aku cari kau tapi kau takde sebab lepak dengan kawan2 kau nuh jauh dekat parit mungkin . Malam tu aku lepak dekat luar tapi kau pandang aku dari luar je dengan buat suara burung tu . Aku nak lepak macam dulu2 jee . Sunyi suasana kampung tu tak macam dulu . Banyak dah yang berubah . Tapi mujur lah mak kau tak lupa aku haha ade je dia tegur aku bila aku sekeluarga balik sana . Bila ingat balik rasa macam kelakar pon ade hahaha tapi tulah cinta monyet aku ❤

Orang yang pernah aku kapel ade dalam 4 orang . Ni yang betul2 bukan main2 . First Ajib , kedua Adam , Ketiga Aiman , Keempat Farhan . See Yang pertama sampai ketiga bermula dari huruf " A " dan aku adalah suka beberapa budak lelaki masih jugak bermula dari huruf " A " . Kebetulan atau takdir ? Aku pon tak tahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan